Pelawak Paling Lawak Di Abad Ini Mengikut Ranking!

 


Ini antara pelawak kesukaan rakyat Malaysia, mengikut populariti, trending, paling kelakar dan view tertinggi.


10. Amir Amerika

Mohammad Amirullah bin Azmi atau lebih dikenalli sebagai Amir Raja Lawak 3 merupakan seorang pelawak, pelakon, penari, penyanyi, pengacara tv Malaysia.


9. Puteh 

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada allahyarham pelawak popular yang bernama Abam Bocey. Ahli lain Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mamak Puteh ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Dia adalah anggota kumpulan puteh bersama dengan Ali yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015. Pada tahun 2016. Ahli lain Abd Rahman bin Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak merupakan seorang pelawak di Malaysia. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Beliau telah menjuarai Raja Lawak Astro musim kelima.


8. Zero

Daripada zero ke hero, tiga pemuda seibu sebapa ini bangkit dari kehidupan susah mereka dan kini menjadi diantara kumpulan pelawak pelapis Malaysia. Sharif, Syaiful dan Atu dari kumpulan Zero hanya beberapa langkah lagi untuk ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Pernah menjuari Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan yang sinonim dengan tagline 'pantang mundur kecuali operasi' ini berharap detik manis itu akan berulang kembali dan akan memberikan persembahan sehabis baik demi gelaran juara.

Menurut abang sulung, Sharif, 29, Maharaja Lawak Mega sememangnya mengubah hidup mereka 360 darjah. “Selepas sahaja bergelar juara, kami menerima pelbagai undangan persembahan untuk menjana lebih banyak pendapatan. Kami ingin berterima kasih pada pihak Astro yang membuka peluang kami bertapak dalam industri hiburan. Platform MLM ini amat bagus dan berjaya meletakkan kami bertahan sehingga ke hari ini. Harapan kami agar dapat memberikan yang terbaik buat peminat”.

Bagi adik bongsu, Atu, 25, “kami berharap dapat bergelar juara lagi untuk tahun ini dan akan memberikan persembahan yang terbaik. Hubungan kami adik-beradik memainkan peranan penting juga dalam membentuk keserasian. Walaupun kami selalu bergaduh, tapi kami bergaduh dengan kasih sayang. Selalu meluangkan masa bersama-sama dan faham antara satu sama lain. Mungkin ikatan kekeluargaan itu antara penyebab kumpulan kami nampak lebih istimewa”.  


7. Shiro

Mohd Hanaffi bin Razak lahir 6 Januari 1986) atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro. Shahrol Azizie bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro (lahir 16 Julai 1984) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam & menubuhkan "Aku Budak Kluang" untuk golongan belia di Kluang, Johor.


6. Bocey

Bocey ialah kumpulan pelawak dan sketsa Malaysia yang ditubuhkan pada 2012, dianggotai oleh Mohd Nasir "Achey", Syed Mohd Ridzuan Aljufri (Abam) dan Mohd Fadzlie "Fad". Kumpulan ini meraih kemasyhuran apabila menjadi salah satu kumpulan pelawak yang bertanding di rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3.


5. Nabil

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak.


4. Ebby Yus

Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Beliau paling diingati dengan peranan beliau dalam siri sitkom televisyen 'Simpang Tiga'. Kini, beliau terlibat dalam pelbagai drama, pementasan teater dan filem tempatan, terutamanya di stesen televisyen TV1 RTM.


3. Jozan

Kumpulan Jozan ialah kumpulan kombinasi antara Johan dan Zizan Razak serta merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak musim pertama dan Maharaja Lawak. Kumpulan berlainan negeri ini cukup terkenal menerusi rancangan mereka iaitu Jozan yang disiarkan di Astro. Mereka mendapat tempat ke-2 dalam rancangan Maharaja Lawak 2011 dan Mereka juga adalah pengacara rancangan realiti popular Raja Lawak dari musim ke-2 hingga musim ke-7. Mereka Juga pernah bersama-sama berlakon dalam drama dan telemovie.


2. Sepahtu

Sepahtu merupakan kumpulan pelawak yang dianggotai oleh Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu pada tahun 2011 setelah mengundurkan diri daripada Kumpulan Sepah.

Jep dan Shuib menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 setelah Rahim R2 dibawa masuk ke dalam kumpulan ini untuk projek istimewa MLM2013 dan mereka telah dinobatkan sebagai juara.



1. Pak Kodi JKK

Paling kelakar, Zahid bin Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Ropie Cecupak adalah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi kelahiran Malaysia.

Ropie terkenal sebagai Pak Kodi dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3.

Ropie merupakan salah seorang ahli kumpulan Cecupak yang popular dengan sitkom dengan nama yang sama pada lewat tahun 1990an.

Post a Comment

0 Comments