Akibat liputan wartawan, penipuan seorang anak terhadap ibunya terbongkar.

 


Seorang wanita tua mendapat liputan berita di televisyen Turki berkaitan dirinya yang menjual bunga di tepi jalan sudah lebih 10 tahun. Gulseran  berusia 57 tahun, mencari rezeki untuk menyara dua orang anaknya. Dia memberitahu wartawan anak perempuannya sedang belajar pada tahun kelima di  Universiti Oxford, United Kingdom. 

Berita tersebut tular sehingga membongkar rahsia besar anaknya yang tidak diketahui ibunya selama ini. Merve Bozkurat (25) sebenarnya tidak pernah belajar di Universiti Oxford. Dia juga tidak mempunyai passport dan hanya menetap di Istanbul sebagai ejen hartanah. 

Gulseran bertungkus-lumus menjual bunga di tepi jalan dan selama beberapa tahun membiayai anak perempuannya yang dipercayai belajar di univesiti berprestij tersebut. Dia berasa sangat sedih dan kecewa kerana ditipu anaknya. Merve berkata dia terpaksa menipu untuk mendapatkan wang dengan mudah untuk memenuhi gaya hidupnya. Selepas kejadian ini, dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia juga berharap kelaka dia akan membanggakan ibunya. 

Sumber:jack lester

Post a Comment

0 Comments