(Video) - "Detik cemas 4 sekawan disambar kilat di bawah pokok ketika mereka berteduh

 

TOI news melaporkan kejadian kilat menyambar pada sebuah pohon dimana masa itu ada 4 orang sedang berteduh di bawahnya.

Seorang lelaki dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala 3 lagi hanya cedera.

Kejadian itu berlaku pada awal petang, ketika hujan renyai-renyai, mereka mengambil keputusan untuk berteduh di bawah sebuah pohon di Kompleks Pangsapuri Signature Villas di Sektor 82, Gurugram semasa hujan lebat.

Kejadian itu terakam oleh sebuah CCTV di mana seorang lelaki berteduh di bawah pohon ketika hujan renyai-renyai. Semasa kilat menyambar terlihat ketiga-tiga mereka rebah serta merta, manakala seorang lagi rebah tidak lama kemudian.

Mereka dikenali sebagai As Shiv Dutt (43), Lali (32), Anil Kumar (32), Ram Prasad (38).

Sumber: Toi news

Post a Comment

0 Comments