(Video) - Ex- suami jual rumah, halau anak dan bekas isteri.

Kisah ini diceritakan oleh Shariza Abdul Latif di dalam aplikasi tiktok. Puan Shariza ni seorang investor ( beli rumah lelong dan jual balik pada pelanggan ). Dia telah membeli rumah flat lelong dengan harga RM140 000. Sebelum ini, rumah tersebut telah diduduki oleh bekas isteri owner (tuan rumah) dan anak-anak. Menurut Shariza, keadaan rumah tersebut kemas dan bersih. Bekas isteri owner sememangnya menjaga rumah tersebut dengan baik.

Setelah bersembang dengan bekas isteri owner, satu peristiwa pahit sebenarnya telah berlaku di rumah ini. Menurut isterinya sebelum bercerai , suami telah membeli rumah dengan meletakkan namanya sendiri sebagai pemilik rumah. 

Kemudian suami tergila-gilakan wanita yang berasal daripada Indonesia. Mereka kemudian berkahwin, selepas suami menceraikannya. Suami  juga meninggalkan anak-anak untuk dijaga olehnya.

Setelah beberapa tahun, rumah tersebut terjual dan suami menyuruhnya keluar daripada rumah. Mendengar kisah rumah tangga wanita ini, Shariza berasa bertanggungjawab dan ingin membantunya. Shariza mendapatkan rumah sewa baru dan sanggup membayar deposit rumah tersebut untuk menempatkan bekas isteri owner terbabit. Ia berasa kasihan kerana owner sanggup melakukan perkara tersebut dengan anak-anak sendiri. Owner telah mendapat duit beribu-ribu ringgit dengan isteri barunya sedangkan bekas isteri dan anak-anaknya terpaksa merempat mencari rumah lain. 

Ikuti video:

@sharizaabdlatif

Rumah atas nama suami seorang. Bila bercerai isteri tiada hak.. ##rumahlelong ##zsteam

♬ bunyi asal - PU Azman (Cik Man)

Semoga kisah yang di ceritakan oleh Shariza memberi pengajaran kepada kita semua. Diharapkan suri rumah diluar sana lebih bijak dalam mengurus harta bersama-sama dengan suami.

Sumber:shariza abdul latif


Artikel selanjutnya: (Video)- Hati-hati tali pancing/layang2 atas highway, abang ni hampir putus leher! 

Artikel selanjutnya: (Video lepas kejadian) - Sebuah kereta MyV "terbang" kira-kira 50m dan melintasi longkang besar.

Post a Comment

0 Comments