Armin Meiwes: Cari pasangan sejenis tapi niat membnuh

 

Kisah rakyat Jerman yang melakukan jenayah seram dan psiko, kes ini mengejutkan seluruh negara Jerman ketika itu. Ikuti kisah:

Psiko gila dia ni.

Armin Meiwes merupakan satu nama yang tidak asing lagi di negara Jerman. Malah, nama ini juga sangat terkenal di sana kerana kekejaman pembunuhan yang dilakukan olehnya.

Armin Meiwes merupakan seorang bekas juruteknik komputer. Nama dia popular setelah membunuh dan memakan daging mangsanya pada tahun 2001.

Kisahnya bermula begini...

Pada tahun 2000, Armin didapati telah melayari sebuah laman web di "dark web" yang merupakan forum tentang para kanibal.

Armin pun tertarik dan terpengaruh dengan laman web tersebut. Dia ingin mencuba untuk menjadi kanibal dan merasai daging manusia juga.

Oleh itu, Armin pun memasuki satu lagi laman web iaitu "dating site" untuk para hormoseksual.

Dia "post" dalam laman web itu untuk mencari seorang pasangan yang sama jenis dan sebagai balasan dia akan bagi duit yang banyak.

Salah seorang lelaki yang bernama Bernard Brandez menerima tawaran itu dan pergi ke rumah Armin.

Ketika di rumah Armin, Armin terus memukul kepala Bernard menyebabkan si Bernard ini pengsan tidak sedarkan diri.

Armin kemudiannya memotong kemaluan Bernard lalu memasak kemaluan lelaki itu dengan tujuan untuk makannya.

Namun, disebabkan rasa tak sedap, Armin pun memberikan kemaluan si Bernard yang dia buat masak kicap itu kepada anjing peliharaannya.

Ketika itu, Bernard belum mati lagi. Armin pun bawa Bernard masuk ke dalam bilik air dan meletakkan Bernard di dalam tub mandi.

Armin juga menyuapkan Bernard alkohol serta 20 biji pil tidur.

Armin kemudiannya membacakan buku cerita "Star Trek" kepada Bernard sementara menunggu si Bernard itu mati. Kira macam bed time story lah.

Baca lagi: (Viral) - Majikan ini buat laporan polis kerana "ex staf" nya curi resipi satay dan sayap ayam tanpa keizinan

Baca lagi: (Lihat Video) : Ibu gadis ini berleter mencuit hati netizen, sebab nak cuba resepi Khairul Aming

Setelah Bernard mati, Armin memotong tubuh Bernard menjadi ketulan-ketulan kecil lalu menyimpan di dalam "freezer" rumahnya.


Tulang-temulang Bernard pula Armin salutkan dengan tepung dan turut menyimpannya di dalam "freezer" juga.

Kemudian, Armin menggunakan modus operandi yang sama untuk mencari mangsanya yang lain pula.

Malangnya, jiran Armin yang berasa curiga dengan tindakan Armin menelefon polis dan memaklumkan kepada pihak polis.

Pihak polis datang menyerbu rumah Armin dan menemui ketulan daging mayat manusia serta tulang manusia di dalam "freezer" di rumahnya.

Armin ditahan dan meringkuk dalam penjara sehingga ke hari ini.

Oleh: Iskandar Zulfaqar

Like & Share FACEBOOK


Baca lagi: Hampir dua bulan pemergian anak, ibu rindu susuk Sophia Fatehah yang lemas bulan lalu

Baca Lagi: Tanam ank sendiri kerana bercakap dengan lelaki

Post a Comment

0 Comments