Bukan takat kereta, selipar dan kasut banyak pun polis akan singgah!

 

Tahun ni adalah tahun kedua kita menyambut aidilfitri dalam perlaksanaan perintah  kawalan pergerakan (pkp). 

Kemungkinan hujung tahun ni berakhir selepas kesemuanya akan menerima suntikan vaksin covid-19.

Sementara itu, kes baharu covid-19 makin meningkat di negara kita, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pelbagai laporan yang rakyat banyak melanggar sop. 

Justeru itu, kerajaan telah meletakkan beberapa peraturan dan syarat bagi permohonan rentas negeri hanya diluluskan pada hari isnin hingga khamis sahaja dengan pertimbangan enam alasan.

Antara alasannya ialah)

- Tujuan pekerjaan

- Kecemasan

- Kematian ahli keluarga terdekat

- Perubatan

- Pendidikan

- Menemui pasangan jarak jauh

Bagi permohonan untuk balik hujung minggu hanya untuk tiga alasan iaitu:

- Kecemasan

- Kematian ahli keluarga terdekat

- Menemui pasangan jarak jauh

Dalam pada itu, bagi mengenalpasti individu tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri tahun ini, polis Kedah akan memantau setiap rumah punyai kenderaan banyak, katanya lagi bukan sekadar kereta polis juga akan pantau jika selipar dan kasut banyak polis akan singgah.

Ketua Polis Kedah Dato Hasanuddin Hassan berkata, kami akan mengerah seberapa banyak anggota untuk melakukan pemantauan setiap rumah semasa sambutan aidilfitri nanti.

“Polis Kedah mendapat arahan untuk melakukan rondaan, kita tengok rumah yang ada banyak kereta, kita akan semak. “Bukan sekadar kereta, kita tengok selipar, kasut di rumah itu banyak, juga kita akan periksa,” katanya lagi.

Selesai semalam Majlis Penyerahan Kenderaan Baharu 4WD (1tan) GS-Cargo Guna Sama Operasi untuk Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, semalam.

Sebelum ini Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata Polis akan mengekalkan strategi sama seperti sambutan aidilfitri sebelum ni. Polis akan menjalankan pemeriksaan mengejut pada setiap rumah yang mereka mahu.

Kata KP Kedah lagi, saya akan arahkan anggota SJR (Sekatan Jalan Raya) membuat pemeriksaan ketat supaya tidak ada sesiapa terlepas dan menggunakan dokumen palsu.

Dia juga menegaskan jangan sesekali menggunakan dokumen palsu, kerana jika polis dapat akan dikenakan denda yang tinggi.

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments