Disebabkan paksa cium, bayi hampir lumpuh

 


Baru-baru ini tular kejadian yang menimpa adik Fatur Robbani. Bayi 15 bulan yang comel. Sesiapa sahaja pasti ingin mencium atau mencubit pipi bayi.  Begitu juga kisah yang terjadi kepada Apri Apri yang menceritakan detik hitam kejadian anaknya hampir lumpuh hanya kerana perkara kecil iaitu ciuman. 

Pada hari kejadian, Apri  menjaga Fatur seperti hari-hari biasa. Kemudian Apri ingin mencium Fatur tetapi bayinya meronta mengelak untuk dicium. Selepas kejadian itu, Fatur mula menangis teresak-esak tanpa henti sehingga membuatkan Apri cemas. Kepala Fatur tidak dapat ditegakkan dan hanya teleng ke tepi. Pada awalnya Apri menjangka anaknya hanya terseliuh,  beliau hanya membawanya  ke klinik. Selepas pemeriksaan doktor, tidak terdapat tulang yang patah atau retak tetapi doktor menyarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar saraf di hospital besar.

Setelah di bawa ke hospital, pakar saraf menyarakan Fatur membuat ujian MRI dan CT SCAN. Hasil daripada keputusan MRI dan CT SCAN, Fatur mengalami kebocoran sumsum tulang. Ia boleh mengakibatkan kelumpuhan. Pada waktu tersebut, tangan kiri Fatur sudah tidak boleh digerakkkan lagi. Apri hampir pengsan menerima berita tersebut. Hanya satu cara untuk menyelamatkan Fatur, hanya dengan pembedahan. Akhirnya Fatur telah dibedah selama 4 jam untuk membetulkan sumsum yang bocor. Sekarang Fatur telah selamat menjalani pembedahan. Keadaan kesihatannya semakin baik seperti sedia kala.



Diharapkan para ibu bapa menjadikan kes ini sebagai pengajaran. Tulang bayi masih lembut dan mudah tercedera. Berhati-hati ketika menjaga mereka. 

Sumber: Facebook Apri Apri

Post a Comment

0 Comments