Kisah Pakyob bawa anak pergi pasar untuk menjual

 

Seorang pakcik yang mahu digelar Pakyob sahaja, setiap pagi akan menjual hasil tanamannya sama ada kangkung, bayam, timun, cili padi dan banyak lagi. 

Bila ditanya mana isteri Pakyob, jawabnya "isteri pun kerja tapi kerja dengan orang susahla sikit nak bawa anak".

"Jadi biar saya yang jaga", katanya.

Ada 2 anak lagi tapi dah bersekolah rendah, syukur mana tahu boleh tolong mak ayah nanti bila dah berjaya.

Tuan-tuan dan puan-puan, saban hari kita terdengar kisah orang susah, mereka pun tak minta dicampakkan ke lembah apa segala lembah la, dorang tak belajar tinggi ke, tak habis sekolah ke tu rezeki dorang.

Tapi mulai harini biasakan diri perlu pandang ke bawah supaya kita lebih bersyukur, jika nampak peniaga kecilan apa salahnya, kalau beli dari dia cakap simpanla baki. Dorang tak minta sebab dorang tak rasa susah pun cuma hidup ni kita kena pandai bagi support.

Sama lah juga anak kita, anak orang, buat kerja sekolah tapi penat, bukan kita tolong  buatkan tapi sentiasa bagi support kata2 semangat, jangan terus cakap orang malas.

Mulai hari ni ubah mindset dan kata2, bila bertemu orang sentiasa mengucap kata2 positif, supaya current positif sentiasa meletus.

Kisah Pakyob tadi sebagai selingan, supaya kita dapat bezakan oh ini bukan meminta2 tapi dia bekerja usaha sendiri, cuma apa yang kadang2 kita perlu buat adalah support.

Semoga pagi ni kita semua dimurahkan rezeki, sihat, dan dilapangkan segala urusan. Amiin


Artikel selanjutnya: Disebabkan paksa cium, bayi hampir lumpuh 

Artikel selanjutnya: (Video): Penghantar makanan ini terpaksa menyorok bayinya untuk mengelak pelanggan simpati

Post a Comment

0 Comments