(Maut) - Anak menyentap tangan bapa sebelum terlepas dan berlari ke tengah jalan.

 

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia oleh KKM di tempat kejadian selepas perodua Kancil melanggarnya, semalam.

Kejadian berlaku di Dungun Terengganu, semasa keluarga 8 beranak pergi ke sebuah restoran untuk menjamu makan malam.

Kejadian telah berlaku dalam jam 8.30 malam, apabila bapa mangsa Assalami Ahmad 61, memegang tangan sebelah anaknya, dan tangan sebelah lagi menulis mysejahtera dan untuk scan suhu.

Secara tiba-tiba anaknya bernama Mu'tahal Assalami menyentap tangan bapanya sebelum berlari ke tengah jalan dan sebuah perodua Kancil telah melanggarnya.

Mu'tahal Assalami maut di lokasi kerana mengalami kecederaan di kepala dan tubuh badan.

Kata bapanya, beliau sedang menulis nama, dan anaknya menyentap tangan  dan lari ke jalan, saya mengejar tapi tidak sempat.

Kereta itu laju, dan melanggar anak saya, saya mengangkat tubuhnya namun sudah tiada.

Ketua Polis Dungun Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel selanjutnya:  (Video) - Saat-saat netizen kagum melihat video ini, tengok apa yang dibuat kucing ini! 

Post a Comment

0 Comments