Mayat dua beradik ditemukan akibat jatuh dari jambatan lama yang uzur


Pencarian dua beradik yang hilang di Sungai Rekoh Rompin berakhir apabila mayat mereka ditemukan di dua lokasi berasingan pada hari ini. 

Sebelum kejadian kedua-dua mangsa dan ibunya menaiki motorsikal merentasi jambatan tersebut sebelum jatuh dan kedua-dua mangsa tergolek jatuh ke dalam sungai. Keadaan jambatan yang uzur dan tidak selamat untuk kanak-kanak telah menjadi punca mereka terjatuh ke dalam sungai. Kelihatan pagar jambatan berlubang di bahagian bawah menyebabkan sesiapa sahaja boleh terjatuh ke dalam sungai yang dalam. 


Operasi menyelamat dilakukan selama 3 hari sebelum bomba menjumpai mayat mereka. Pagi semalam hanya mainan yang dijumpai terapung disungai. Kemudian pada sebelah malam mayat adik Dhenis Maulida Putri Masari, 7 tahun ditemukan penduduk kira-kira pukul 8 malam pada jarak hampir 100 meter dari lokasi dia terjatuh. Manakala mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra,3 tahun pula ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut.

Diharap keluarga mangsa tabah dalam mengahdapi ujian besar ini. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera untuk membaiki struktur jambatan supaya tiada lagi penduduk kampung menjadi mangsa selepaa ini.

Sumber: agensi

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments