Pengalaman ahli bomba angkat wanita gantung diri atas pohon

 


Menjadi seorang ahli bomba sebenarnya adalah tugas yang mencabar. Mereka bukan hanya diperlukan ketika kebakaran tetapi turut dilatih untuk menyelamatkan  haiwan atau menyelamatkan manusia daripads haiwan berbisa, menyelamatkan mangsa ketika berlaku kemalangan,  mangsa lemas, cubaan bunuh diri dan mangsa yang membunuh diri serta tugas-tugas lain yang pastinya mencabar. 

Ikuti pengalaman seorang ahli bomba yang bertugas menyelamatkan wanita bunuh diri di dalam hutan. Peristiwa ini menjadi detik hitam kepada kehidupannya sehingga direhatkan sebulan dan terpaksa berjumpa psikiatari kerana pengalaman menggerunkan itu. 

Saya dulu pernah berkhidmat sebagai anggota bomba.Dahulu pernah menghadiri 1 kes dimana kami dimaklumkan sekitar jam 2 pagi. Jadi saya dan juga teman² setugas yang lain telah pun menaiki kereta bomba untuk pergi ke tempat yang dimaksudkan dimana tempat tu merupakan sebuah kawasan hutan. 

Bila sampai dihutan yang dimaksudkan. Kami pun diarah oleh 2 orang anggota polis untuk ke 1 kawasan di dalam hutan untuk melakukan kerja² menyelamat. Jadi bila sampai dekat dalam hutan tu, saya dan rakan setugas terperanjat, sebabnya kes ini yang tahu hanya lah komander kami yang berada di hadapan. Kami hanya kru bomba yang berada dekat belakang .Jadi kami tak tanya apa yang sebenarnya terjadi . Kami terperanjat sebab nampak tubuh seorang wanita yang gantung diri diatas pohon dalam keadaan yang paling menakutkan pukul 2 pagi pada waktu itu . 

Memang terperanjat sebab katanya kerja menyelamat, tapi apa yang nak diselamatkan ? Wanita itu sudah pun tewas gantung diri atas pokok. Mula² ingat kami ni perlu menyelamatkan seseorang mungkin tercedera di dalam hutan . Rupa²nya bukan . Memang rasa lain macam pada malam tersebut . Jadi kami perlu menurunkan mayat wanita tersebut dari atas pokok. Kami menggunakan tangga untuk panjat pokok itu untuk buka ikatan tali yang ada dibahagian atas dahan tu untuk turunkan mayat wanita tu perlahan² kebawah supaya dapat diletakan dalam ambulans lepastu perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk buat bedah siasat . 

Yang membuat saya takut pada malam itu, polis ada 3 orang dekat bawah lagi 2 orang dekat bahagian kenderaan bomba serta beberapa orang medic sedang standby . Saya dan anggota saya semuanya ada 4 orang. Kami pun pasang tangga dekat pokok tu . 1 per 1 anak tangga tu saya panjat. Tengah panjat tu, bayangkan la mayat wanita tu tergantung ada disebelah kiri. Tengah panjat tu,bunyi tali yang menjerut leher dan dahan "kreek krekk krekk". Saya berdoa untuk kuatkan semangat saya. 

Yang panjat pohon tu saya dan rakan tugas saya seorang . jadi ada 2 orang untuk buka ikatan tali tersebut . Salah seorang dari kami terpaksa peluk mayat wanita tersebut dan tolak mayat tu keatas supaya tidak berat dan mudah untuk tanggalkan tali ikatan tersebut. Kami tidak dibenarkan potong tali kerana tali tu sebagai barang kes untuk tengok kot² ada kesan² jari dan kulit yang lekat pada tali. Jadi terpaksa buka .Yang tukang  peluk mayat tu tolak keatas ada lah saya ,  teman saya dekat atas pula buka ikatan. Melihat situasi ni menimbulkan persoalan dalam diri saya, persoalan yang pertama,macam mana wanita tu boleh panjat pokok yang tinggi ini. Yang Kedua, siapa yang ikat? 


Sewaktu saya sedang peluk dan teman saya sedang buka tali dekat atas . saya dengan teman saya dengar dengan jelas suara wanita menangis. Dalam hutan, yang ada hanya ada saya dan teman saya dekat atas pokok . yang lain semua dekat bawah . Bila saya tengok bawah, semua macam takda perasaan ,tidak dengar . yang dengar hanya saya dan teman saya. Saya dah rasa lain macam . Saya menyuruh teman saya untuk buka ikatan tali tu dengan cepat . Teman saya tahu dan cepat2 dia buka . Masa tu terus meremang bulu roma saya. Saya dan teman saya dengar bukan sekali malah berkali² dengar suara tangisan perempuan yang ntah datang dari mana. 

Akhirnya setelah 15 minit saya dan teman saya dekat atas, tali tu dapat dilepaskan . Teman saya pegang tali tu takut nanti lepas ,saya ni masih peluk mayat tu. Teman saya perlahan² turunkan tali tu sebab mayat tu memang berat . saya masih peluk takut nanti mayat tu terjatuh ke lantai hutan sebab tali tu panjang. Teman saya lepas tali tu perlahan sampai separuh ,dia teriak dari atas cakap nak lepaskan semua tali dan menyuruh saya peluk kuat² takut terhempas. Tengah peluk kuat2 ni, saya dengar perempuan tu berbisik di telinga saya " eekk ekkk ekkkkkkkkkkkk". saya kuatkan semangat teriak dekat kawan saya dekat atas " cepat sikit!" Kawan saya yang diatas tu dan seorang dtg dan alihkan tangga ditepi saya dan mereka panjat,sama² pegang dan turunkan perlahan serta diserahkan pada paramedic untuk dihantar ke hospital. 

Sejak kejadian itu, saya dan teman saya phobia dan punya gangguan Badi yang tak boleh kami bayangkan . Saya dan teman saya tu terpaksa dibawa berjumpa dengan psikiatri. Kami mendapat cuti sebulan kerana gangguan emosi yang dahsyat. Saya nak mandi pun takut, masih terbayang wajah wanita yang pucat ,lidah terjelir keluar ketika saya nak turunkan mayat berkenaan. 

sekian.

sumber dari Mj12

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments