Sebenarnya tiada rekod minta kebenaran rentas negeri - Balai Polis Salak Selatan

 

Baru-baru ini tular seorang wanita yang dipercayai dihalang untuk merentas negeri ketika bapanya sakit. Wanita tersebut dibenarkan pulang ketika bapanya telah meninggal dunia. Rata-rata netizen marah dan mengutuk tindakan pihak berkuasa yang tiada belas kasihan kepada rakyat. 

Namun, polis terus membuat siasatan jika wanita tersebut benar-benar dianiaya. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman, mereka menyiasat pegawai yang bertugas, buku rekod daftar pengunjung dan rekod My Sejahtera. Melalui siasatan didapati wanita tersebut ada beberapa kali memohon untuk merentas negeri dan ke semua permohonan tersebut diluluskan iaitu:

1) 15 Januari, melawat bapanya di Hospital Mawar, Seremban

2) 11 Februari menghadiri temuduga

3) 26 April menghadiri temuduga

4) 28 April memohon merentas negeri disebabkan kematian ayah

Menurut rekod tersebut tiada permohonan yang dilakukan oleh wanita tersebut pada 17 April di Balai polis Salak Selatan selepas memeriksa My Sejahtera. Hal ini bermaksud, wanita tersebut tidak datang ke balai polis memohon rentas negeri seperti pada tarikh yang dikatakannya. 

Menjegah ke ruang Facebook wanita berkenaan, posting tersebut telah dipadam atau disembunyikan untuk tatapan umum.

Sumber: Harian Metro

Berita Sebelumnya: Gadis kecewa tak boleh rentas negeri nak balik urus bapa dalam kecemasan, last-last dapat balik masa bapa terbujur kaku

Like & Follow FACEBOOK

Post a Comment

0 Comments