Terkini - Foto pernikahan Ustaz Abdul Somad, Fatimah AzZahra nama isterinya

Tidak asing lagi penceramah terkenal Ahlusunnah Waljamaah dari Indonesia Ustaz Abdul Somad, tamat zaman dudanya dengan wanita bernama Fatimah Azzahro dengan mas kahwin emas 224 gram. 

Isterinya juga seorang penghafal alquran 30 juzuk di satu madrasah/pesantren.

Perkongsian ini dikongsi oleh Ustaz sendiri di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Fatimah Azzahro juga seorang pelajar Pondok Moden Darussalam Gontor Putri di Matingan yang berusia 20 tahun.

Ibu saudara kepada Fatimah telah memaklumkan Ustaz Abdul Somad telah datang merisik pada mac dan meminta bulan April untuk menikah dengan Fatimah.

Sebelum ini, Ustaz Abdul Somad melepaskan isteri pertamanya pada 3 disember 2019.

Like & Follow FACEBOOK

Post a Comment

0 Comments