Anak kandung kurung ayah strok 68 tahun dalam sangkar tanpa pakaian

 


Telah tular sebuah kisah di media sosial seorang warga emas bernama Abdul Zahlil (68) telah dikurung oleh anak kandungnya disebuah sangkar besi seperti sebuah penjara. Bapa tiga orang anak ini tinggal bersama dengan anak perempuannya bernama Rahmadhani(28) dan menantunya  Tasmoni (33) di sebuah rumah sewa di Medan Amplas, Sumatera Utara. Manakala 2 orang anaknya lagi bekerja di Malaysia dan tidak peduli lagi dengan keadaan Abdul. 



Menurut jirannya bernama Dandang, keadaan warga emas tersebut ketika ditemui sangat menyayat hati. Beliau dikatakan menghidap strok di samping badannya yang kurus dan tidak mengenakan sebarang pakaian. Warga emas tersebut hanya tidur di simen tanpa sebarang alas. 


Jiran-jirannya sangat kecewa dengan tindakan anak kandungnya kerana sanggup melakukan bapanya seperti haiwan peliharaan. Bapanya hanya dibekalkan sebuah pinggan plastik untuk meletakkan makanan dan sebuah botol air 1.5 liter. Bapanya hanya berbaring dilantai dalam keadaan lemah dan kurus. 


Penduduk kampung telah menghantar Abdul ke hospital untuk rawatan lanjut. Wartawan sempat berkunjung ke rumah tersebut untuk mendapatkan kepastian. Menurut Rahamdhani, ayahnya mengalami strok pada tahun 2018. Beliau sebelum ini tidur di sebuah bilik. Namun, ketika mengalami strok ayahnya tidak dapat menguruskan diri. Beliau membuang air kecil dan besar di dalam bilik 

Menurut Ramadhani pakaian ayahnya penuh dengan najis, sehingga terkena barang-barang mereka di dalam bilik termasuk dinding bilik. Kerana tidak tahan dengan keadaan sedemikian, dia menyediakan sebuah bilik di belakang untuk bapanya. Dia menyangkal mengurung bapanya, gambar tersebut di ambil setelah bapanya dibersihkan. Oleh sebab itu, dia tidak memakai baju, ujarnya. 


Orang yang menyebarkan gambar tersebut dan memuat naik ke laman sosial sudah meminta maaf kepadanya. Rahmadhani menambah polis dan pegawai daerah turut datang ke rumahnya setelah gambar tersebut viral. 


Namun yang menjadi tanda tanya, gambar dalam sangkar  besi tersebut dikatakan gambar bapanya selepas mandi. Tetapi  kenapa  turut tersedia pinggan plastik dan air mineral? Mudah-mudahan pakcik Abdul Jahlil cepat sembuh. Jika anak-anaknya yang berada di Malaysia terbaca kisah ini, ingatlah pengorbanan orang tua kita. Satu hari nanti jika kita ada anak sanggupkah kita mendapat layanan sebegini?

Post a Comment

0 Comments