Dalam seminggu tiga ahli keluarga meninggal, 2 kritikal termasuk bayi dan 2 masih self quarantine - Perintah berjaga-jaga varian tak diketahui


Tular kiriman gambar dan mesej dari ahli keluarga gambar sebuah family. Sempat berkumpul bersama masa raya baru-baru ini.


Diberitakan mereka terkena jangkitan varian yang tak diketahui, masih belum dapat pengesahan dari KKM.


Melihat pada gambar di bawah, ahli keluarga ini sempat beraya bersama seramai 7 ahli keluarga.


Kisah ini berlaku di Sungai Besi, pada asalnya si ibu (no1) pergi mengurus jenazah yang disembunyikan status covid. 


Beberapa jam selepas itu, ibu itu meninggal dunia kerana jangkitan virus covid semasa menguruskan jenazah.


Dalam 5 jam selepas berita kematian ibu mereka, si suami (no2) pula  meninggal dunia. Dua-dua meninggal kelmarin hari yang sama.


Dengan berita sedih lagi, pagi tadi anak bongsu (no3) menghembus nafas terakhir setelah kritikal di ICU beberapa hari ini. 


Sekarang menantu (no4) isteri kepada (no7) dan babynya (no5) sedang kritikal di hospital.


Manakala anak perempuan (no6) seorang anggota polis baru selesai suntikan 2 dos, sedang self quarantine bersama adiknya (no7) di rumah.


Ya Allah cepat semuanya berlaku, berita sedih ini mengejutkan semua pihak kerana varian yang tidak dikenalpasti ini. 


Diharap semua berjaga-jaga dan dinasihati mengikut Prosedure Operasi Standard (sop), penjarakan sosial dan sentiasa berada di rumah.


Semoga Allah mengangkat roh mereka bersama orang beriman. Alfatihah.

Post a Comment

0 Comments