Ibu dan ayah Anaqi "memohon maaf", hisap "vape" hanya gurauan

 

Sejak semalam ibu kepada kanak-kanak yang diberi hisap vape telah mendapat kecaman melampau di media sosial sehinggakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata akan melakukan siasatan terhadap perbuatan itu.


Namun, berlaku percanggahan antara ibu ayah Anaqi dengan netizen kerana ayah Anaqi berhempas pulas menafikan perkara tersebut sebagai tindakan yang serius.

Ia hanyalah gurauan semata-mata.

Dalam perkongsian ayah kepada Anaqi iaitu Syamin Aizat di laman Facebooknya berkata: 

"Terima kasih atas nasihat semua, saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidikan anak, saya bukan memaksa atau mendera beliau, saya cuma bergurau, kalau yang mana dah follow wife saya, mesti tahu cara Anaqi macam mana. Beliau agak lasak dan ganas, suka main benda bukan mainan dia atau budak2. Kalau dia nak kan sesuatu mesti dia nak juga, apapun saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya. Dan terima kasih sangat2 ambik berat atas Amsya. Dan saya pon maaf kan semua". 

Dalam pada itu, ayah kepada Anaqi itu, sempat memuat naik status di laman Facebooknya juga berkata dia berharap sangat2 hentikan semua ini dia tak sangka berlaku semua ni sampai jadi viral.

"Tolong habis kat kan kat sini, tak perlu libatkan wife saya, saya boleh terima semua maki hamun, tapi perempuan? Saya tak rasa dia kuat nak terima maki hamun semua ni, perempuan boleh jadi lain bila terlampau penat, stress lagi2 hal macam ni, saya harap jangan libatkan beliau sebab saya bukan berada di rumah untuk pantau bagi beliau tenang".


Sementara itu, ibu kepada Anaqi sempat memuat naik ig story berkata: 

"Stress aku Dm/Nombor Ws chat masuk banyak, cukup2 lah viral kan,

"Tak tahu pulak boleh sampai jadi macam ni, aku tahu silap aku dri situ, kalau aku nk bunuh anak aku dri dia baby lagi aku dh buang, tu saja buat video je, harap maafkan aku, dahla viral kan aku stress!" 

"Salah satu semua orang nampak sampai viral, korang tk nampak ibu sendiri dia jaga mcm mana. Video hanya saja saja tak tahu sampai viral kecam mcmni sekali, bukan nak dera dia ke apa, aku tahu dekat situ salah aku, aku mntak maaf, korang viral kes jadi besar, korang boleh fikir kalau jadi apa2 dekat aku, Anaqi masih menyusu badan".

Diharap para netizen dapat mengawal keadaan sementara waktu, ini kerana ayah Anaqi risau apa2 akan berlaku di rumah antara wife dan anaknya, kerana beliau sering tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Mudah2an perkara ini boleh dibawa bincang dan diselesaikan dengan baik bukan dengan tindakan pihak atasan.

Semoga mereka maafkan dan anda semua memaafkannya!

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments