Masih belum ada nama, ganjaran RM10 ribu kepada sesiapa yang berjaya bagi nama pada anak tapir ini



Datuk Seri Jeff B.K.Lee pemilik 99 Wonderland Park Wildlife The City, berkata pertandingan Namakan Anak Tapir itu dianjurkan bagi menarik rakyat Malaysia datang melihat haiwan-haiwan di sana.


"Sesiapa yang berjaya namakan anak tapir ini dan bertuah akan menerima wang tunai RM10 ribu, pengumuman ini diumum sejak 6 februari 2021 lalu dan masih belum ada pemenang".


Bagi mereka yang meminati dengan haiwan tapir ini juga boleh melawati facebook Wonderland Park untuk maklumat lanjut.


Pihak Wonderland Park mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada tontonan sepasang tapir Mr Junior dan Puan Peradong januari tahun lalu.



"Dalam setahun lebih pelihara, Puan Peradong melahirkan anak yang sehingga kini masih beluk dinamakan".


"Nama yang unik dan terbaik akan dipilih nanti, wang tunai akan diberikan sebanyak RM10 ribu". 


99 Wonderland Park di Jalan Ipoh Batu 12 masih belum dibuka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang.


Pihak 99 Wonderland Park akan memaklumkan sekiranya akan mendapat kebenaran dari kerajaan tak lama lagi.


Setakat ini, tapir ini memegang rekod spesis terbesar di dunia, jadi sangat beruntung kepada sesiap dapat menyaksikan nanti.


Kebetulan bulan April hingga Jun ini adalah musim mengawan mereka (tapir).


Info tapir:

- Bagi ibu tapir yang mengandungkan anak mengambil masa 390-403 hari sebelum dilahirkan.

- Berat anak tapir lahir sekitar 5-7 kg

- Ibu tapir kebiasaan akan melahirkan anaknya dengan purata dua tahun sekali.

Post a Comment

0 Comments