Seorang wanita non-muslim berpakaian baju menunjukkan kalimah Allah dan Muhammad.

 

Sekeping gambar yang ditularkan oleh seorang pengguna facebook Syed Mustakim telah membangkitkan kemarahan umat Islam yang melihatnya. Kejadian ini berlaku dekat eco shop Selayang. Menurut Syed Mustakim, wanita non-muslim tersebut terkejut apabila beliau menegur pakaiannya. Wanita itu tidak mengendahkannya kerana mungkin tidak memahami apa yang ingin disampaikan. 

Syed Mustakim menegur wanita tersebut buat kali kedua dan menerangkan bahawa baju tersebut tidak boleh digunakan kerana terdapat cetakan kalimah Allah dan Muhammad disitu. Wanita tersebut memohon maaf dan berjanji akan membakar baju tersebut. Menurut wanita itu, baju tersebut dibelinya di pasar malam Kepong Baru. 


Diharapkan mana-mana pihak tidak menuduh wanita ini secara melulu. Dia mungkin menganggap kalimah Allah itu hanya corak baju sahaja tanpa mengetahui maksud yang sebenar. 

Sumber: SyedMustakim

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments