Suami pengasuh meliwat bayi sembilan bulan sehingga maut

 


Petaling Jaya: Pihak polis telah mengesahkan bayi sembilan bulan yang maut pada 27 April lalu telah diliwat suami pengasuh sehingga mengalami pendarahan kesan koyakan di bahagian dubur di pangsapuri Kelana Jaya.


Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berjawat jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata kematian bayi itu disebabkan sesak nafas selepas mulutnya ditekup oleh suspek lelaki berusia 36 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah. 


Ketika kejadian suspek wanita membiarkan suaminya bersama bayi itu di dalam bilik berkunci selama dua jam.


Suspek wanita telah menemukan bayi yang tidak sedarkan diri itu dan selepas itu suaminya (suspek lelaki) telah membawa bayi itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Selain terlihat kesan koyakan di bahagian dubur, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut mangsa kerana ditekup semasa melakukan liwat itu.


Pihak polis telah menerima laporan dari pegawai perubatan sebelum menahan kedua-dua suspek masing-masing berusia 36 tahun dan disahkan positif dadah jenis syabu pada 29 April lalu.


Suspek lelaki disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan isterinya dijadikan saksi pendakwaan dan dituduh mengikut seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Post a Comment

0 Comments