(Video) - Lelaki bersenam terjatuh tingkat 12

 


Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an telah terjun dari tingkat 12 ketika bersenam di sebuah balkoni, Rumah Pangsa Jalan Loke Yew, Pudu, Kuala Lumpur semalam. 


Seorang saksi yang merakam telah menegur mangsa supaya tidak melakukan aksi ngeri tersebut. Tetapi mangsa hanya tersenyum kepadanya. Kelihatan beberapa orang ingin menarik mangsa, namun tidak sempat menangkap tangan lelaki tersebut sebelum mangsa jatuh ke bawah. 


Lelaki yang merakam turut menjerit kerana tidak menyangka mangsa melepaskan tangan daripada pagar tersebut. 



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rahmat Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu sekitar pukul 2.13 petang.


“Bagaimanapun kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.01 petang dan jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI

Post a Comment

0 Comments