(Video) - Seorang ibu turut dikecam selepas beri anaknya "meng-hisap" vape

 

Apa nak jadi, suruh anak hisap vape, ya Allah! 

Tular sebuah video yang dimuatnaik di IG story eykasweet_ memberi anak vaping (menghisap vape).

Dikatakan eykasweet_ ini ibu kepada anak ini, jangkaan umur 3 tahun ke bawah. 

Segelintir mereka (warganet) pagi ini akan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana terdapat sebuah video yang tular seorang ibu memberi anak hisap vape.

Dia (ibu) sempat meninggalkan pesanan berbaur:

"Kelab kabut (gelabah) masing2 ya, Sukahati aku lah nak post apa, Kalau rasa semak jangan follow aku, Tak follow pon sebuk comment2 dekat gambar aku, Anak aku sukahati aku, Aku yang jaga dia bxdxh !!" 

Diharap ibu ini diambil cepat tindakan oleh kerana bimbang apa-apa akan terjadi kepada anak itu.

KAJIAN MENDAPATI TERDAPAT BEBERAPA KESAN BURUK DARIPADA VAPE ITU SENDIRI:

- Secara asal mengatakan vape dan cecair vape 0% nikotin, tetapi hakikatnya tidak begitu, penyeledikan oleh CDC mendapati 99% cecair vape mengandungi sejumlah nikotin walaupun dilabel "0" nikotin. Nikotin boleh membahayakan kepada otak yang sedang berkembang seperti anak itu.

- Asap vape sememangnya tidak selamat pada kanak-kanak, remaja usia sehingga 20-an dan juga ibu mengandung. 

- Perkembangan otak bermula dari dalam rahim sehingga berumur 25 tahun, otak manusia boleh terjejas disebabkan pendedahan pada nikotin.

- Apabila seseorang itu sedang dalam perkembangan otak tetapi bukan penghisap vape, ia juga tetap bahaya jika terbau asap vape sekeliling.

- Cecair vape mengandungi sejumlah bahan kimia.

- Pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) di Amerika Syarikat berkata hisap vape dalam kalangan remaja kelak boleh menyebabkan menjadi perokok tegar hasil daipada ketagihan cecair vape.

- Terdapat kajian daripada pelajar universiti, mereka yang menggunakan vape lebih berisiko tinggi untuk mempunyai ketagihan terhadap benda lain seperti penyalahgunaan dadah.

Sumber: Positif parenting, instagram - AMARAN KERAS❗❗❗Artikel ini milik persendirian. Dilarang meniru dan membuat salinan semula©️

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments