(Video) - Suasana sebak, bapa sempat rakam detik anak sulungnya diambil ambulans kerana positif covid


Perkongsian dari rakan Facebook bernama Nasrun Zakaria, sebak anak sulungnya dijemput KKM menaiki ambulans kerana positif covid-19.


Ayahnya sempat merakam sebelum keberangkatan anaknya.


"Jangan lupa makan deh, nanti kalau ayah positif ayah pegi jugok" 


Warganet lahir rasa sayu macam mana perasaan seorang ayah dan ibu dapat tahu anak mereka positif covid-19 dan melihat anaknya diambil dan dikuarantin dalam tempoh boleh kata panjang.


Riak aksi anak ini mungkin masih tak tahu apa-apa, apapun mari doakan semoga anak ini diberi kesihatan dan cepat sembuh.


Bapanya tak dapat tahan mengalir air mata.


Sempat video call: 



Sempat rakam sebelum menaikk ambulans: 



Warganet sempat memberi komentar dan beri kata semangat: 






Dalam pada itu Majlis Keselamatan Negara mengumumkan apakah aktiviti yang dibenarkan semasa pkpd bagi kawasan terlibat


1) Seorang (1) wakil sahaja dari setiap rumah membeli barangan keperluan


2) Aktiviti keluar rumah tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM, dilarang memasuki kawasan PKPD


3) Kedai makan, restoran, peniaga tepi jalan, kiosk, dibenarkan operasi dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam.


4) Pembelian makanan secara take away sahaja dibenarkan


5) Kedai runcit, kedai serbaneka dibenarkan operasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam.


6) Hospital dan makmal perubatan dibenarkan operasi 24 jam atau punya lesen kebenaran.


7) Kedai farmasi, klinik haiwan, kedai ubat-ubatan, kedai makanan haiwan dibenarkan operasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam


8) Stesen minyak dibenarkan operasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam.


9) Pasar awam dan pasar borong dibenarkan operasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 2.00 petang sahaja.


10) Pasar harian, pasar tani, pasar malam tidak dibenarkan.


11) Bagi kes kecemasan seperti sakit atau kematian, penduduk dibenarkan keluar dari zon PKPD dengan kebenaran PDRM, pertimbangan boleh diberikan oleh PDRM/KKM berdasarkan case to case basis.

 

Post a Comment

0 Comments