Anak guam tidak mampu bayar kos guaman. Hanya bagi upah ketam hidup dipuji netizen

 


Khairul azli berkongsi sebuah cerita viral dari Filipina mengisahkan seorang peguam mendapat upah ketam hidup kerana anak guamnya tidak mampu membayar kos guaman. Namun peguam tersebut bersyukur dan menerima upah tersebut dengan senyuman mesra. 


Peguam di Sorsogon City, Filipina ini menerima upah ketam yang masih hidup atas khidmatnya. Atty Noel Allen, bergambar di depan mahkamah dengan upahnya ketam hidup menjadi viral di Facebook sejak 5 hari lalu.


Ini kerana pelanggannya tidak mampu membayar kos guamannya. Namun begitu pelanggan tersebut memberinya ketam yang ditangkapnya sebagai ganti upah dan Noel Allen menerimanya. Duit bukanlah segala galanya. Dia berkata, dia sangat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negaranya yang kebanyakannya dari golongan miskin.


Moga peguam ini menjadi contoh kepada orang ramai di luar sana. Duit bukan segala-galanya. Budi yang baik akan dikenang hingga ke akhir hayat. 


Sumber: Khairul Azli

Post a Comment

0 Comments