Asal usul perkataan nafsu "serakah" - Jom Baca sejarah Nabi

 


Pada suatu masa, di saat nabi berlalu pergi, tinggallah Abu Jahal bersama anak buahnya seraya berkata "hai Surakaqah aku tahu ke mana nabi pergi", Suraqah bin Malik pun terus mengejar nabi SAW dengan menaiki kuda. 


Peristiwa pelik berlaku kepada Suraqah di tengah perjalanan, dia jatuh dari kuda dan bangun kembali naik, jatuh lagi bangun kembali sehinggala berlaku 3 kali. Kata Suraqah dalam hati "macam mana aku boleh jatuh sedangkan aku penunggang kuda yang hebat". 


Sampai saja Suraqah di hadapan nabi SAW dan berkata "hei Muhammad aku ditawarkan untuk menangkap kamu", nabi kita ni seorang yang pandai bernego/tawar menawar dan baginda tahu Suraqah juga seorang yang pandai tawar menawar.


Lalu nabi bertanya kepada Suraqah "hei Suraqah apa yang mereka bagi kamu untuk menangkap aku". Lalu jawab Suraqah "kalau aku dapat balik kamu ke Mekah mereka bagi aku ganjaran 100 ekor unta". 


Oh begitukah kata nabi...


Tawar menawar berlaku antara nabi dengan Suraqah....


Kata nabi anggaplah seperti kita tak pernah berjumpa harini.


Apa kata aku bagi kamu wahai Suraqah sebuah Mahkota Raja Parsi, adakah kamu mahu sebab ia lebih bernilai daripada 100 ekor unta. 


Suraqah dengan gelak ketawa berkata "engkau nabi pun berjalan sehelai sepinggang sekarang, mana kamu nak dapat mahkota Raja Parsi, bila kamu nak bagi? Kata Suraqah kepada nabi.


Jawab Baginda Nabi Saw "kamu kenal aku dari kecik, pernah ke aku berbohong pada kamu" Suraqah mengakui kehebatan nabi jujur dalam berbicara. 


Kata nabi lagi nantila aku bagi, jangan risau, Suraqah ni orang pandai berniaga juga, dia pun mengajak nabi saw membuat satu perjanjian tandatangan.


Lalu nabi setuju terjadilah satu perjanjian bertulis antara nabi dengan Suraqah.


Nabi berkata aku tak pandai sign ni, Suraqah membalas buatlah satu tanda apa pun, nabi sawa pun guna cincinnya untuk cop di atas kertas Suraqah.


Ringkasan cerita 


Suraqah bin Malik memeluk Islam dan pada zaman Saidina Umar Alkhattab kerajaan Parsi jatuh ke tangan orang Islam. 


Seluruh harta Kerajaan Parsi dibawa balik ke Madinah, semasa proses pembahagian harta rampasan perang bersama orang Islam, Suraqah bin Malik ada sekali duduk melihat harta-harta rampasan perang di hadapannya.


Semasa Saidina Umar memegang Mahkota Raja Parsi, dia duk memikirkan macam mana nak bagi sama rata, nak masuk baitumal ke macam mana, lalu Suraqah bin Malik pun mengangkat tangan.


Wahai Amirul Mukminin itu mahkota "saya yang punya", hah kenapa pula kamu nak ramai lagi yang mahu ni, kata Saidini Umar.


Kata Suraqah hei nabi janji kepada saya yang baginda hendak berikan kepada aku, marah orang sekeliling dengan tingkah laku Suraqah.


Lalu Suraqah pun berkata hah ini aku ada surat siap tandatangan nabi lagi, melihat surat itu dan Saidina Umar membaca, lalu sahabat-sahabat dan Saidina Umar menitiskan air mata.


Kenapa Menangis? 


Saidina Umar berkata dalam hati "jauh wawasan mu ya Rasulullah naik unta berhijrah ke Madinah tiada lagi kerajaan Islam ketika itu, tapi nabi saw dah bayangkan akan kalahnya kerajaan Parsi suatu hari nanti, walaupun kamu belum sempat melihat kejayaan Islam, namun harini terbukti". 


Semua orang menangis ketika itu...


Jadi diringkaskan cerita, perjalanan hijrah bukanlah mudah.


Nabi keluar rumah dan berjalan ke Gua Tsur, penuh dengan linangan air mata kerana cintakan mekah.


Semasa nabi keluar dari Mekah, nabi naik satu bukit dan pandang Kota Mekah terciptalah satu hadis berbunyi 


"Hai Mekah demi Allah kerana tidak aku disuruh hijrah nescaya aku tidak tinggalkan kamu wahai Mekah".


Jadi perkataan serakah tadi diambil dari kisah Suraqah Bin Malik yang berperasaan ingin untung berganda-ganda, semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua dan sentiasa positif.

Post a Comment

0 Comments