Baby Ariff meninggal dunia, perut membengkak disebabkan penyakit hati dan hempedu


 

Sayu dan pilu melihat gambar baby Ariff yang dikongsi menerusi akaun facebook ibunya Ida Dania. Baby Ariff sebelum ini telah disahkan menghidap penyakit hati dan hempedu sehingga menyebabkan perutnya membengkak. 


Baru berusia sebulan setengah Baby Ariff pada 14 Jun 2021 telah menghadap illahi. Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus ke akaun facebook ibu beliau (Ida Dania). Dikhabarkan Baby Ariff memiliki 6 orang adik beradik. Ayahnya hanya bekerja kampung dengan memasang siling rumah. Keadaan ayahnya yang uzur dari segi kesihatan di tambah dengan ancaman Covid sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka. 


Moga keluarga Baby Ariff tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah kepada keluarga Baby Ariff. 



Sumber: Ida Dania

Post a Comment

0 Comments