Disebabkan kongsi video mangsa kena rogol disumbat dengan botol, wanita ini dikecam netizen

 


Gara-gara berkongsi video di laman media sosial, wanita ini telah dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan wanita ini tidak sensitif untuk menjaga aib wanita lain. 



Kisahnya bermula dengan sebuah kes yang berlaku di India. Seorang influencer tiktok yang bergelar Ridoybobo  atau nama sebenar Rifatul Islam telah ditahan polis  Dhaka kerana terlibat dengan pemerdagangan manusia dan perhambaan seks. 


Suspek dan 6 orang lagi rakannya telah ditahan atas kes rogol dan pemerdagangan manusia. Kesemuanya berasal dari Bangladesh dan menetap di India untuk mencari mangsa terutamanya wanita menerusi aplikasi media sosial seperti tik tok dan facebook. Mereka dijanjikan pekerjaan di salon atau pusat membeli belah.



Sindiket ini tumpas akibat penularan sebuah video yang dipercayai Ridoy dan rakan-rakannya telah merogol seorang wanita berusia 22 tahun. Mangsa sudah berkahwin, suaminya bekerja di Dubai dan mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. 


Menurut cerita seorang rakan facebook, kejadian rogol itu melibatkan 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Mangsa telah dibogelkan oleh seorang perempuan sebelum kemaluannya ditusuk oleh botol arak. Sebelum ini, mangsa telah dijanjikan pekerjaan di sebuah salon. Video mengerikan tersebut telah tersebar di media sosial. 


Malangnya segelintir masyarakat tidak berasa sensitif akan kandungan video tersebut dan telah menularkannya di media sosial. Ramai yang tidak berasa malu dan ingin melihat  isi kandungan video tersebut.  Diharapkan para netizen berhenti menyebarkan video tersebut kerana ia berkait dengan keganasan, aurat dan aib mangsa. Jadilah manusia yang bertanggungjawab, sensitif dan peka dengan adat ketimuran kita.

Post a Comment

0 Comments