Kantoi! Lelaki pukul bini hingga koma rupanya ada 3 orang isteri

 


Sebelum ini tular kisah seorang isteri yang mengandung telah dipukul suami sehingga koma. Kecederaan wanita tersebut sangat parah sehingga sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. 


Rosmaini Abdul Rauf (38) seorang peniaga berdepan pertuduhan memukul isteri ketiganya dengan sengaja dan menyebabkan kecederaan terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester (43) dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jaminan sebanyak RM30 000 berikutan kes tersebut sangat serius. Namun kisah hidupnya terbongkar ketika tertuduh membuat rayuan kepada mahkamah untuk mengurangkan wang jaminan disebabkan tertuduh terpkasa menanggung 3 orang isteri dan 7 anaknya. 


Akhirnya mahkamah menetapkan tertuduh membayar RM7000 wang jaminan dengan 2 penjamin. Tertuduh juga dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran dan diarahkan supay tidak mengganggu mangsa.


Menurut adik mangsa, kakak mulai sedar daripada koma tetapi keadaannya masih belum stabil. Keluarga mangsa sangat sedih dan bimbang kerana tulang belakang mangsa cedera dalam masa yang sama usia bayi dalam kandungan semakin membesar. Tulang belakang memainkan peranan besar untuk menampung bayi di dalam perut. 


Ramai netizen berharap suami mangsa mendapat hukuman dan balasan yang sewajarnya atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu.






Post a Comment

0 Comments