Seorang pemuda ditangkap polis, ingin membuktikan covid tidak wujud

 


Seorang  pemuda memuatnaik sebuah video ke media sosial dengan membuat cabaran  untuk memegang mayat pesakit Covid-19. Lelaki tersebut ingin membuktikan bahawa virus ini sebenarnya tidak wujud. Ia hanya propaganda dunia untuk keuntungan pihak tertentu.


Pemuda tersebut berasal daripada Kuningan Jawa Barat, Indonesia telah di tangkap polis sehari selepas video tersebut tular.  Pada 19 Jun 2021 beliau telah ditangkap disebuah kedai tayar dimana tempat lokasi rakaman video tersebut . 


Dalam video tersebut, As atau nama penuhnya Asep Sarkamullah berkata dia membuat video tersebut dengan fikiran yang waras dan sedar untuk meluahkan pendapat peribadinya bahawa Covid tidak wujud. Bahkan dia berani untuk memegang pesakit yang meninggal disebabkan Covid-19. Jika beberapa hari selepas memegang mayat tersebut dia meninggal, maka benarlah virus itu wujud. 


Hal ini tidak disenangi oleh masyarakat kerana ramai yang telah menjadi korban akibat virus ini. Petugas kesihatan juga berasa kesal dengan video tersebut kerana tidak menghargai pengorbanan mereka bertungkus-lumus untuk memerangi virus ini. 


As kemudiannya telah dibebaskan oleh polis kerana beliau beralasan membuat video tersebut hanya untuk mendapatkan jumlah tontonan yang ramai supaya dia boleh mendapatkan bayaran daripada Google Adsense. Beliau juga meminta maaf dengan sewajarnya dan berjanji tidak mengulangi kesilapan tersebut. 


Virus covid-19 adalah benar-benar wujud. Ramai yang telah kehilangan keluarga dan orang tersayang akibat virus ini.  Barisan hadapan juga bertungkus lumus untuk memeranginya. Hargailah pengorbanan mereka. Jika tidak boleh membantu, jangan pula mengguris hati mereka dengan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.  Berikanlah kerjasama yang sebaiknya, walaupun dengan secebis kata-kata semangat sudah cukup mengembirakan mereka. 


Kita hidup di akhir zaman. Hati-hati dengan fitnah yang berleluasa. Ingin menjadi umat terpilih, akhirnya menyebar fitnah dan membuat kerosakan kepada ummah.

Post a Comment

0 Comments