Suami dan keluarga bersubahat menipu bakal isteri. Hidup wanita ini bagai di neraka

 


Seorang wanita berkongsi  kisah benar dalam hidupnya  yang dianiaya bekas suaminya dan keluarga mertua. Menurut wanita tersebut, bekas suaminya telah berpakat dengan ahli keluarganya kononnya dia mempunyai pekerjaan yang tetap dan terjamin. Ketika mereka melamarnya, dia sebenarnya telah mempunyai seorang kekasih dan bakal berkahwin. 


Dek kerana keluarga bekas suami menyakinkan ayahnya bahawa bekas suaminya adalah orang yang baik dan bekerjaya,  tanpa berlengah ayahnya menerima lamaran tersebut. Dia terpaksa meninggalkan kekasihnya kerana ingin menurut kemahuan ayahnya.


Selepas berkahwin, alangkah terkejut sebenarnya  bekas suaminya adalah penganggur (biawak hidup) dan bekas banduan (kesalahan meliwat dan memukul pelajar di tempatnya bekerja). Selang seminggu perkahwinan,  bekas suaminya mula memukulnya dan dia hampir ditikam menggunakan pemutar skru. 


Tidak cukup daripada itu, dia juga diugut untuk dijual. Hidupnya setiap hari penuh dengan ketakutan. Setiap malam jua dia berdoa untuk keluar daripada perkahwinan toksik itu.  Bekas suaminya juga turut memutuskan hubungan dengan keluarganya. 


Nombor telefon mereka semua telah dipadam oleh suaminya. Bimbang akan diketahui rahsia hitamnya, mendera mental dan fizikal si isteri. Setelah usia perkahwinan 5 bulan, dia nekad untuk balik kepada keluarganya. Dia telah memuatnaik aplikasi whatsapp dan cuba menghubungi bekas kekasihnya yang dahulu kerana nombor itu sahaja yang diingatnya. 


Allah telah memakbulkan doanya kerana dengan pantas bekas kekasihnya memberitahu abangnya dan terus membuat laporan polis. Bekas suaminya telah ditahan polis dan dia telah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. Dia telah memfailkan penceraian di mahkamah atas alasan tuntutan nafkah. Manakala kecederaan fizikal tidak dapat dijadikan bukti kerana kesan lebam akibat dipukul dibahagian badannya telah pulih dan dia juga tiada bukti membuat rawatan di mana-mana klinik. 


Setahun dia berjuang untuk menuntut penceraian. Bekas suaminya mengugut untuk tidak menceraikannya dan hanya meninggalkannya sehingga akhir hayat. Namun berkat usaha dan kesabaran, dia berjaya mengumpul duit dan mengupah seorang peguam. Akhirnya dia memenangi kes untuk tuntutan penceraian. 


Pada hari ini dia telah berkahwin dengan bekas kekasihnya dan dikurniakan 2 orang anak.  Sudah 4 tahun usia perkahwinan mereka. Dia tak sangka, bekas kekasihnya masih lagi menuggunya. Setelah bercerai dan habis iddah, dia telah dilamar oleh bekas kekasihnya. Ayahnya menangis dan meminta maaf kepadanya dan bekas kekasihnya.  


Pesannya buat wanita diluar sana yang masih bergelut dengan masalah rumahtangga, kita semua kuat, cuma kena cari punca kekuatan ketika kita dalam keadaan lemah. Sayangkan diri sendiri terlebih dahulu daripada orang lain dan jangan takut dengan gelaran janda. Lebih baik menjadi janda daripada meninggal di tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kini dia bahagia. Allah sayang saya katanya.


Sumber: Fedtri Yahya

Post a Comment

0 Comments