(Video) - Pemain Badminton Indonesia Markis Kido jatuh di court, meninggal dunia!

 


Menurut rakan sepasukan Badminton Nasional Indonesia Adriyanti Firdasari mengatakan Markis Kido yang sedang bermain badminton di gelanggang terjatuh.


Paramedik yang datang ke tempat kejadian mengesahkan Markis Kido sudah meninggal dunia. Markis Kido yang berusia 37 tahun ini meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuannya.


Markis Kido dikebumikan di kampung halamannya Jawa Barat Indonesia. Berita kematian Markis Kido mengejutkan seluruh Badminton Nasional Indonesia mahupun Badminton dunia. 


Seorang rakan Markis Kido iaitu Candra Wijaya yang bermain bersama mengatakan mereka sedang bermain pada jam 6.00 petang waktu Indonesia, apabila sudah setengah set untuk tukar gelanggang, Candra Wijaya duduk di belakang dan menggantikan pemain lain dengannya.


Apabila menyaksikan Markis Kido sedang bermain, tiba-tiba dia terjatuh dan pengsan. Chandra Wijaya dan rakan-rakan lain sempat beri pertolongan tetapi Markis Kido pergi selamanya.


Markis Kido yang pernah menyandang emas final sukan olimpik 2008 bersama Hendra Setiawan melawan Chai Yun dan Fu Haifeng dari China telah mengharumkan  negara Indonesia.


Rekod Markis Kido




Alfatihah Markis Kido



Post a Comment

0 Comments