Sayu! Kasih seorang ibu, bergadai nyawa untuk anak tercinta

 


Kes Covid semasa dalam negara kita amat membimbangkan. Bayangkan lebih 11 000 kes dalam sehari. Mangsa Covid pula tidak mengenal siapa. Banyak kes Covid yang melibatkan ibu mengandung. Bukan setakat itu sahaja. Ada antara mereka yang terpaksa ditidurkan dan akhirnya pergi menemui Ilahi.


Sayu dan pilu melihat anak yang masih kecil tidak beribu, malah belum kenal 'bau' ibu, ibunya pergi dijemput ilahi di sebabkan virus Covid. 


Bila mendengar kes seperti ini, hati saya terdetik. Mudah-mudahan tidak ada ahli keluarga saya yang diuji sebegitu.


Tetapi, perancangan Allah melebihi segalanya.  4 minggu yang lalu, adik sepupu saya disahkan positif disaat dia sedang hamil.


Demi menyelamatkan nyawa, anaknya terpaksa dikeluarkan pada 22 Jun lalu, biarpun pada waktu itu usianya baru mencecah 7 bulan.


Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan. Tetapi, tidak pada ibunya.


Semakin lama, kesihatannya semakin merosot. Igauan ngeri yang bermain di fikiran kami semua, akhirnya berlaku. 


Dia terpaksa ditidurkan.


Setelah hampir sebulan, kini tibalah gilirannya untuk pergi menemui Ilahi.


Menambah bilangan statistik kematian mangsa covid melibatkan ibu hamil.


Berehatlah. Selamat bertemu tuhanmu, Nur Farahin Emilya.


Sumber: Abdul Muiez Ruslee

Post a Comment

0 Comments