Dikompaun RM62,000 Peserta Nyalaan Lilin Mohon Bantuan Orang Ramai Untuk Bayar

 


Seorang RM1 seramai 100 ribu orang dah berjumlah RM100,000, ujar seorang netizen.


"Inilah adalah satu pekerjaan yang gila dan tak munasabah, berani buat berani la tanggung"..kata seorang netizen yang ditemuramah.


SSR atau Sekretariat Solidariti Rakyat merayu orang ramai agat dapat menyumbang seberapa mampu bagi membantu membayar jumlah kompaun sebanyak RM62,000.


SSR juga menyatakan pihak polis melakukan kekerasan terhadap peserta "Lawan...Lawan.." itu kerana pada awalnya mereka ingin memberi kerjasama pada pihak polis untuk bersurai.




Dalam masa sama juga mereka mengatakan pihak polis mengancam keselamatan mereka untuk menaiki "Black Maria".


Mereka hadir ke Dataran Merdeka sebagai tanda peringati dan mengenang 13,000 rakyat di negara telah pergi kesan daripada wabak itu.


Para peserta "Lawan...Lawan.." dikompaun sebanyak RM2000 setiap seorang, SSR juga telah berbincang dengan peguam mereka berkenaan tindakan yang diambil dan tidak menolak untuk menyaman polis.


Hal ini kerana, tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembangaan. Bagaimanapun, setiap peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang.


Menurut dakwaan, mereka telah membuat laporan polis pada Ahad lalu di Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul agar siasatan dibuat terhadap pegawao polis IPD Dang Wangi yang telah menahan peserta pada malam tersebut.


Difahamkan, pihak polis nenafikan bahawa kesemua yang hadir tidak ditahan. Namun, para peserta yang hanya meletakkan bunga ros dan lilin kemudiannya ditarik dan diheret dengan kasar kerana polis yang berada di sana gagal memberikan sebarang sebab untuk menahan peserta.


Setelah semua dipaksa naik trak polis ke IPD Dang Wangi, barulah polis memaklumkan bahawa penahanan dibuat di bawah tiga akta iaitu Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 21A Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1985 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit.


Justeru itu, seramai 31 ahli sekretariat telah dikompaun sebanyak RM62,000 selepas didapati berhimpun di Dataran Merdeka.


Terdahulu mereka ditahan di Dataran Merdeka, dikatakan telah berlaku provokasi pada pihak polis.


Namun perkara itu dinafikan peguam mereka kerana merekalah yang dikenakan tindakan yang keras daripada pihak polis katanya.

Post a Comment

0 Comments