Jirat Cina Cheras | Perkongsian Staff Tv3 Bagaimana Pengalamannya Diganggu

 


Ikuti kisah benar dari pengalaman seorang kakitangan tv3, segala aktiviti ada penambahan admin untuk sesedap rasa namun tidak mengubah makna asal.


[CHAPTER : JIRAT CINA] 



Kisah ini bermula semasa aku menjalani latihan Industri di Sistem Televisyen Malaysia Berhad pertengahan tahun 1999. 


Dah 22 tahun berlalu, Menerima surat tawaran latihan industri di TV3 kot. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Orang Kedah kata syok Tak Sangga la... 


Aku ditempatkan di bahagian penerbitan  unit 'Magazine' penyelia aku waktu itu adalah Cik Mazlin Nordin dan Nurfarahin Jamsari.  Di hari pertama aku melangkah  ke bangunan Seri Pentas TV3 di bandar utama. Aku terpandang kelibat lelaki serba putih berdiri di atas rooftop West wing. 


"Adoii sampai TV3 pun dia mai.. nak masuk majalah tiga ka hapa?" Bisik hatiku sambil meneruskan langkah melapor diri. Di sini juga aku mengenali saudara Halim Din dan Saudara Mohd Noor Sulaiman yg mesra dipanggil Abang  Halim dan Abang Matnoq. 


Rupanya di sini pelbagai kisah misteri diceritakan turun temurun 'batch by batch katanya. Kerusi bergerak sendiri. Printer mencetak secara tiba tiba dan  Telefon berdering meja ke meja, perkara dan cerita  ianya alah bisa tegal biasa. Hantu di TV3 macam macam ada katanya.


Kawasan letak kereta bawah tanah TV3 waktu tu pada aku agak menyeramkan. Gelap dengan lampu berkelip sekali sekali. Air menitis dari paip kumbahan. Bunyi besi berlaga. Bunyi guli berkali kali. Bunyi langkah mengikuti diri apatah lagi. 


Sebulan di sini, aku menerima seorang rakan setugas berbangsa Cina, Jason Yap kalau tak salah. Seorang bijak IT bertangan seni meminati fotografi dan videografi. Tugasan pertama, Kami ditugaskan untuk menyiapkan satu segmen dalam program Majalah Tiga yang dihoskan oleh Encik Zainal Ariffin yang amat aku kagumi waktu itu.  Tugas kami bertajuk KUBUR VS JIRAT. Penerbit waktu ini adalah Said Abdullah Thani.


"Uissh Jirat Cina ke ni Jason?" Tanyaku sambil membelek memo arahan.


"Ya lor.. u takut ke? Hahah. Ini kubur lama. paling lama di KL tau.. beratus tahun, luas beratus ekar, founded 1895 you know." Balas Jason sambil menepuk bahuku..


"Menarik aku suka monumen... aku suka benda lama.. ok aku buat skrip nanti kita bincang shot" Aku terus mencapai sketch book sambil merangkak olahan penceritaan yang ingin dipaparkan.  


Jason pula mula melakar story board awal untuk memudahkan proses kami. Ketika itu hanya tinggal aku dan Jason dalam ruang kerja kami pelatih. 


Aku bangun mengambil sebotol air mineral dari meja sebelah. Belum sempat aku capai botol mineral terbalik dan bergolek terus ke lantai. 


"Allahuakbar! Ni pun sama dalam hatiku kenapa la nak golek golek botol air ni kan rezeki"

Sambil membaling sebotol pada Jason

Jason memandang aku sambil mengangkat kening. "I saw it." 


"Ya.. nothing lahh.." Aku dan Jason terus berbincang dan meneruskan kerja kami. 


Encik Said tiba tiba muncul di depan pintu ruang kami.


"Shah kena buat minggu ni tau nak tx 2 minggu lagi .. story berangkai pasal kematian tanah perkuburan dan pemujaan. Aku dah suruh fiza buat Kubur Melayu kau cover kubur cina" 


En Said berlalu sambil tersenyum 

"Esok aku nak tgok skrip siap"


Ketika itu aku terpandang seorang lelaki ikut bersama Encik Said. Kelibat itu adalah lelaki berkemeja putih yg selalu aku nampak. 


"Tak shah.. aku perasan je ni" 

Bisik aku dalam hati. 


Jason tiba tiba menepuk bahuku

"Lu apahal nampak hantu ke? 

 

"Siot Jason, terkejut aku" 

Jason ketawa. Kali ini aku rasa pelik dah lama kelibat ni tak muncul. Kenapa kali ini. 

-----

Skrip dan story board kami dipersetujui oleh penerbit. Jadi kami terus menempah krew untuk sessi penggambaran ini. 


Aku perlu menguruskan talent untuk babak sebagai penagih dadah, pemuja nombor ekor dan kaki botol, olahan kami berkisarkan penyalahgunaan tanah perkuburan. Ini kali pertama, segmen utama aku yang kendalikan. Bangga la jugak dapat buat Majalah Tiga. Rancangan tv paling popular waktu tu. 


Penggambaran kami bermula pada waktu malam. Aku dan Jason telah membuat persiapan rapi. Krew telah ditentukan. Kalau tak salah aku abg Jahidin Masang nama jurukamera kalau tak salah aku la.. dah lama cerita  ni banyak yang aku tak mampu ingat.  


Bagi mendapatkan mood berasap , aku minta abang Jahidin bawa sabut kelapa. Dan aku minta bantuan pemandu dan Jason sebagai telent. Nasibla Jason setuju.


Malam penggambaran kami bertolak ke Jirat Cina Kwang Tong. Kami pilih lokasi yang kecil sedikit kawasan nya berdekatan Taman Connaught rasanya. Gelap gelita. Dari jauh adalah cahaya rumah kediaman. Di kubur pula ada lilin yg dibakar. Kedudukan Jirat yang berbukit memerlukan kami mencari tempat yang kami sudah tandakan semasa recce.


Abg Said tiba kemudian dengan keretanya

"Talent sape shah?" Sambil dia meneliti skrip dan treatment aku. 


"Jason bang dgn abg ramli pilot, Jason boleh jadi 2 watak" jawab ku ringkas 


"Jason mana? " Tanya bang Said


"Jason partner saya la, yg buat story board tu"  jawabku sambil membuka fail untuk mencari story board.


"Jason partner ko? Bila masa ko ada partner.. story board mana yang dia buat" Tanya abg Said kehairanan. 


Semua krew memandang aku. Aku menyelak fail mencari story board. Allahuakbar tiada storyboard aku. Yang ada hanya kertas A4 kosong. 


Saat ini aku mengucap. Aku membaca Ayatul Qursi dan Bismillahillazi. 

Aku terdiam


Abg Said menghampiri ku 

"Shah betul ke ko ni?"


Sumpah bang sumpah wallah Jason yg buat story board.. dia kata dtg sendiri tapi tak sampai sampai lagi mungkin dia ambik kot storyboard.  Sy telefon dia tak dapat. Telefon Nokia 3210 aku waktu tu diperiksa lagi. ( alcatel kot masa ni bukan Nokia..  Nokia dah masuk uitm baru aku guna)


Aku cuba mendail nombor Jason namun kali ini nombor tiada dalam perkhidmatan. Allahuakbar. 


Semua krew dah bersedia, aku akhirnya berkata


"Takpelah saya ganti Jason la" 


Abang Ramli bangun turun dari kerusi pemandu van menghampiri ku. 


"Abang nak tanya kau ni.. Jason mana ko ckp ni shah.


"Jason bang yg masuk 3 hari lepas dia praktikal sama saya. " jawab ku lagi 


Saat itu muka Abang Said berubah, "shah mana ada budak praktikal lain unit kita..cik in kata shah sorang ja masuk bulan ni nanti bulan depan baru lagi 2 orang budak praktikal masuk" 


"Uish bang biar betul" bulu roma ku meremang tiba tiba. 


Aku membaca potongan doa yang ayah ajarkan. Aku yakin ini semua permainan makhluk Allah bukan insan. Walaupun aku boleh bertenang, namun cuak juga melanda jiwa. Keadaan sekeliling Jirat Cina ini menambah kekusutan dalam fikiran aku.


"Ok kita shoot dulu Abang Ramli jadi pemuja kubur dan wide shot semua dan focus pada kubur yg kita dah tanda.  Baca bismillah ayat kursi semua" pesan Abg Said. 


"Shah ko ok tak? Tanya abg Said 


"Ok bang. .boleh boleh jap gi sy buat yg penagih dadah nyer scene.. " sambil jari ku menekan handphone cuba mendail nombor Jason. Saat itu aku terpandang susuk tubuh seseorang dalam van TV3 duduk dibelakang sekali, iya lelaki berkemeja putih. 


Aku bingkas bangun menghampiri van ternyata hanya pandangan aku yang membayangkan kelibat yang bukan bukan. Astaghfirullahalazim. 


Tiba untuk babak penagih dadah menyalah gunakan Jirat Cina sebagai port penagihan. Aku perlu berjalan terhuyung hayang dalam cahaya yang samar menuju ke satu kubur besar. Di situ abg Jahidin sudah membakar sabut dan menaikkan mood dengan asap sabut. 


Scene 3 take 1 action... aku berjalan bagai penagih mencari port sesuai dan menghampiri satu kubur besar. Sebatang lilin sedia bernyala melentik liuk ditiup angin Jirat Cina. Seram sejuk juga aku dalam mood ketagihan.. 


Bau busuk bangkai menusuk pancaindera aku. Aku duduk bersandar di dinding kubur sambil memegang sudu dan membakar atas api lilin yang sedang menyala. 


Saat itu aku terpandang potret hitam putih yang tertampal di dinding tengah Jirat tersebut. 


Astaghfirullahal azim

Astaghfirullahal azim

Subahanallah 

Walhamdulilah

Allahuakbar.. Allahuakbar. 


Jarak aku Dari krew lebih kurang 30 meter. 


"Woii shah mana ada penagih dadah istighfar pulak!!! Cut cut" 

Abg Said menjerit dari sebelah kamera. 


Aku berlari ke arah krew. Sambil mengucap tercungap cungap.


"Bang saya stop dulu bang

Kubur tu.. gambar kat dinding tu Jason bang

Sumpah bang betul bang.. 

Sumpah wallah bang gambar Jason .. budak yg praktikal sekali dengan saya tu Jason dah mati, tu kubur dia"  pucat lesi muka aku. 


Menggigil aku sambil ditenagkan oleh Abang Ramli dan Abang Said.


Semua krew mendekati aku. Saling pandang memandang. Salakan anjing bersahutan.  


Aku terus membaca Ayat Kursi


Al Fatihah dan 3 Qul dan membaca doa pesan ayah.


Semua turut mengikuti mengaminkan doaku. 


Abang Said minta semua krew Wrap up Penggambaran. 

------


Kejadian itu menyebabkan aku terdiam, seram sejuk aku berterusan beberapa hari. Aku membaca Yasin setiap malam.

Bismillah 5

Ayat Kursi 7 


Kecoh satu department mengenai Cerita Jason. Tiada siapa yang sedar atau nampak kehadiran Jason melainkan aku seorang. Ada yang percaya ada yang kurang percaya dan ada yang mempersenda. 


Semoga kita semua dijauhi bisikan, gangguan dan hasutan jin, iblis dan syaitan yang direjam.


Kelibat lelaki berkemeja putih bagaikan alamat dan petanda. Namun aku masih berpegang kpd pesanan ustaz semuanya atas kehendak Allah. Jangan pernah berputus asa dengan kebergantungan dan penyerahan kepada Allah.


Datang lagi dan lagi.. aku tengah susun balik pengalaman yg tersemat dalam hati.. pasti aku kongsi nanti


---------------------------------------

Sebuah Naskah Digital 

Karya - SyähMahamòod

---------------------------------------


Disclaimer

*Berdasarkan kisah benar pengalaman dan imaginasi Penulis diolah dan digarap.

Post a Comment

0 Comments