Akibat Covid Tahap 5, Bapa Ashraf Muslim Menghembus Nafas Terakhir

 


Ayah Ashraf Muslim iaitu Haji Muslim bin Bulat telag kembali ke penciptaNya pada jam 6.37 pagi tadi. Arwah bapanya menghembuskan nafas yang terakhir setelah lima hari bertarung nyawa dengan jangkitan virus Covid-19 tahap lima. 


Asharaf berkata hari ini adalah hari paling sedih dalam hidupnya 


"Assalamualaikum semua , harini hari yang paling sedih . . . Ayah dah meninggal kan kami dalam keadaan yang baik dan tenang . . Mungkin itu yang terbaik untuk dia , sebab allah lebih sayangkan ayah daripada kami . Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup , kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya . InsyaAllah , sama sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang “Special” di alam baru nya bersama mereka mereka yang beriman . InsyaAllah"


Jenazah ayahnya selamat dikebumikan pada pukul 3.13 petang di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9, Petaling Jaya. 


Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang yang soleh dan ditempakan dalam kalangan orang yang beriman.

Post a Comment

0 Comments