Alif Syukri Dan Bonda Rozita Menangis | Nenek Kritikal Di Hospital

 


Usahawan terkenal Alif Syukri dan ibunya Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi menangis di luar hospital kerana tidak dapat melawat neneknya yang kritikal di wad hospital. 


Dalam rakaman video tersebut, terlihat Alif dan ibunya menangis di luar hospital kerana tidak dapat masuk ke wad melihat neneknya yang kritikal akibat penyakit buah pinggang. 



Doktor dan petugas kesihatan melarang waris melawat pesakit kerana bimbang akan penularan Covid-19 daripada waris  kepada pesakit. 


Alif Syukri berasa terkilan kerana tidak dapat memegang atau menemani neneknya ketika waktu kritikal tersebut. Dato' Seri  Alif sangat rapat dengan neneknya yang dianggap seperti ibu kerana beliau membesar dan dijaga neneknya ketika masih kecil lagi.


Ibunya turut mengatakan Alif adalah satu-satunya cucu yang paling disayangi neneknya. Nama Alif sentiasa  di ingatan neneknya. 


Keadaan nenek Alif Syukri hanya 50-50  dan ini  mencemaskannya. Beliau ingin membawanya ke hospital Kuala Lumpur namun  kesihatan neneknya   tidak mengizinkan untuk perjalanan panjang .


Warga net turut mendoakan nenek Alif Syukri segera sembuh dan kembali seperti sedia kala aminn.





Post a Comment

0 Comments