"Arwah Bapa Sudah Sembuh Dari 'Kuarantin Covid-19' Dalam Perjalanan Balik Tapi Ambulans Terbabas"..

 


Pekan, Pahang - Seorang pesakit asma kronik yang baru selesai menjalani kuarantin kontak rapat Covid-19 maut selepas ambulans yang membawanya pulang dari hospital terbabas dan terbalik di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik di sini semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Husin Abd Hamid,74, bersama pemandu dan seorang jururawat dalam perjalanan dari Hospital Pekan ke Felda Chini Timur 1.


Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui jalan berbatu kasar, van berkenaan hilang kawalan lalu terbalik dan terbabas ke longkang sebelah kiri jalan.


Akibat kemalangan pemandu, jururawat dan pesakit dibawa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan sebelum pesakit disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 10.22 malam,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan terhadap mangsa selepas ujian calitan Covid-19 diterima.


Tambahnya, pemandu ambulans yang mengalami sakit di bahagian dada dan jururawat yang mengalami sakit di belakang mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.


Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.


Katanya berdasarkan laporan awal lokasi kejadian adalah jalan berbatu yang sedang dinaik taraf dan semasa kejadian keadaan cuaca baik dan tidak hujan. 

Post a Comment

0 Comments