Dicerai Ketika Mengandung | "Netizen sebak baca luahan akak ini..."

 



Perkahwinan umpama perjudian. Bak kata pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tiada yang menginginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah. 


Begitulah yang berlaku dengan seorang wanita tabah bernama Nor Hamid. Selang beberapa hari lagi dia akan bersalin dan jatuhlah talak satu ke atasnya. 


Puan Nor Hamid memohon doa kepada warga net supaya dilapangkan hati dan dipermudhkan urusannnya dengan anak-anak. 



assalamualaikum buat ibu2 selamat mlm..sy ingin memohon doa dari kalian sy akan ke labour room pd 7/10..kurang dari dua minggu dari skrg..doakan semua nya di permudahkn..pd 7/10 ni sekiranya sy melahirkn maka jatuh la talak 1 ke atas sy..mohon doakn sy kuar utk menghadapi situasi ni..segala persiapan sgt la sederhana kerana sy tidak bekerja..mengandung kali ni byk cabaran sy didapati ada hepatiti B positive..ada kencing manis..😭..dan pada kelahiran sy yg lps anak sy ada spina bifida..dan kesan dari operation dlu skrg dia dh jadi oku..dan juga sakit buah pinggang..doakan sy ya kuat utk menyambut kelahiran kali ni dan juga doakan sy kuat utk membesarkn anak oku sy dh usia 4 tahun lebih..sy sgt susah skrg..doakn sy kuat hadapi cabaran hidup ni sehingga sy hbs pantang..dan dpt mencari keja..


Untuk pengetahuan pembaca Hepatitis B merupakan penyakit keradangan hati. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak. Puan Nor Hamid telah disahkan menghidap penyakit Hepatitis B Positif. 




Selain itu, anak perempuannya telah menghidap Spina Bifida. Iaitu pembentukan tulang belakang tidak sempurna daripada ketika lahir. Ia akan menganggu sistem saraf badan dan menjadikan menghadkan keupayaan kanak-kanak tersebut. 


Anak perempuan Puan Nor yang menghidap Spina Bifida ketika kecil


Contoh Spina Bifida



Anak Puan Nor sekarang


Baru-baru ini, ujian semakin bertambah kerana anak perempuannya mengalami kerosakan buah pinggang kerana pembungan air kecil yang tidak lancar disebabkan kerosakan saraf kencing ketika menjalani pembedahan Spina Bifida. 



ni la tiub kencing tu..size 8 anak kami pakai..sehari 6 kali kena buang ayaq kencing..klu xbuang buah pinggang dia sebelah lg akan rosak la ni dah rosak sebelah..sbb ayaq kencing lama2 dok bertakung dlm pundi kencing dia smpai rosak dah sebelah.. sebenarnya dia blh kencing sndri tp xhbs doktor ckp..mcm na pun kena buang. dah 4 tahun kmi dok buang..klu sehari 6 kali maksudnya pmpers dia pun 6 helai sehari kdg2 lebih..pasai tu jgn tnya awat susu ngn pmpers laju..pasai dia hidup ngn susu ja..nasi pun kurang mkn..




Semoga Puan Nor Hamid kuat menempuhi ujian ini. Yakinlah setiap ujian yang diberi pasti beserta dengan hikmah yang tersembunyi. 


Ramai netizen   sebak dan turut mendoakan Puan Nor Hamid supaya tetap tabah, cekal dan kuat dalam menghadapi ujian ini. 








Nota** Puan tersebut tidak meminta sumbangan, tetapi sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh  ke FB beliau Nor Hamid


Sumber : Nor Hamid Kimm 


Post a Comment

0 Comments