Dua Pemancing Mangsa Lemas Baru Ini Adalah Ustaz Amiruddin & Sahabat Beliau

 


Kota Tinggi Johor dua lelaki yang dipercayai pergi memancing dikhuatiri lemas di Jeti Mados, Kampung Air Putih, dekat sini malam tadi.


Menurut Ketua Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Al Hasra Mohamed, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.47 malam sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggu dikejarkan ke tempat kejadian.


"Dua mangsa berkenaan, Ramdan Sulaiman, 50, dan Amiruddin Abdul Karim, 53, hilang dan dikhuatiri lemas di lokasi. Jarak bot mereka dari jeti dianggarkan 400 meter dengan kedalaman 15 meter. 


"Pihak bomba bertindak membuat 'surface searching' dibantu pasukan polis marin.


"Pasukan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor telah berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Berdasarkan makluman awal, kedua-dua mangsa dipercayai sedang memancing dan dipercayai lemas apabila bot mangsa ditemui.




Post a Comment

0 Comments