Fizz Fairuz Jatuh Sakit Selepas Memegang Watak Dalam Drama Misteri Topeng Barongan

 


Misteri Topeng Barongan merupakan sebuah episod daripada  drama bersiri dalam cerita seram Malaysian Ghost Stories yang kini  ditayangkan di saluran Astro Ria.


Fizz Fairuz mula jatuh sakit secara misteri selepas pulang daripada penggambaran episod Misteri Topeng Barongan tersebut. Menurut isterinya Almy Nadia, dia tidak menyangka suaminya sakit secara tiba-tiba dan menjadi lebih kurus daripada sebelumnya. 


Dia menangis dan merayu kepada netizen untuk mendoakan kesembuhan suaminya daripada sakit misteri yang dihidapi. 


Malaysian Ghost Stories yang diarahkan  oleh  Azhari Zain  adalah sebuah drama bersiri yang memaparkan cerita-cerita seram yang popular di Malaysia dan juga cerita hantu yang diperkatakan sejak turun-temurun. Setakat ini, sebanyak 14 episod telah ditayangkan pada setiap isnin hingga khamis pada pukul 11 malam. Misteri Topeng Barongan pula akan ditayangkan pada episod 18 nanti.  


Sedikit sinopsis daripada cerita seram tersebut: Sufian merupakan seorang pengumpul barangan antik dan juga influencer di media sosial yang sering berkongsi maklumat barang-barang antik yang dimiliknya. Sahabatnya Joey, beri tahu tentang Melissa yang mahu menjual 'Topeng Barongan' milik koleksi peribadi arwah Ayahnya di IG. Selepas dia memiliki Topeng Barongan itu, pelbagai kejadian aneh berlaku seperti topeng itu yang selalu beralih kedudukannya dengan bergerak sendiri.


Antara tajuk dalam setiap episod Malaysian Ghost Stories ialah: 


Episod 01 - Nenek Hostel

Episod 02 - Jin Pemusnah

Episod 03 - Hantu Kum Kum

Episod 04 - Nenek Kebayan

Episod 05 - Nu Gui

Episod 06 - Hantu Raya

Episod 07 - Rumah Sewa RM100

Episod 08 - Pocong

Episod 09 - Langsuir

Episod 10 - Hantu Takde Kepala (Hantu Janet)

Episod 11 - Hantu Jepun

Episod 12 - Penunggu Rumah Banglo

Episod 13 - Balan-Balan

Episod 14 - Hantu Air

Episod 15 - Ulek Mayang

Episod 16 -  Hantu Orang Asli

Episod 17 - Nishi Dak

Episod 18 - Misteri Topeng Barongan

Episod 19 - Hantu Public Phone

Episod 20 - Sumpahan Abu Mayat

Episod Ep21 - Penunggu Pohon Beringin


"aku rasa benci tgok cerita tu, sebab cerita tu suami aku sakit!"


Netizen turut bertanya Datuk Fizz Fairuz berlakon dalam episod berapa?




Ada juga berpendapat perlu berhati-hati apabila memilih job



Ramai turut mendoakan kesihatan Fizz Fairuz selepas ini diberikan kesembuhan



Semoga Fizz Fairuz cepat sembuh dan dapat dipulihkan semangatnya seperti sedia kala. Janganlah berasa  takut dan lemah, kerana yang lebih berkuasa adalah Allah SWT  tuhan semesta alam.

Post a Comment

0 Comments