Ibu Abam Bocey Meninggal Dunia

 


Selangor - Sumber dari laman instagram Fad dan Achey menyatakan ibu kepada Arwah Abam Bocey telah meninggal dunia malam tadi.


Sabariah Arshad meninggal dunia selepas setahun enam bulan arwah Abam meninggal, menyusul ikut anakanda tercinta. Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 kerana disyaki sesak nafas meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.


Tulis Fad di Instagramnya:


"Slama takziah sahabatku @aliputeh_official di atas pemergian ibu tercinta.."


Tulis Achey pula:


"Malam Jumaat pemergian mu mak @aliputeh_official, moga mak tenang di sana..moga bertemu dengan anakmu #Abam tercinta di syurga in shaa Allah..." 



Netizen semua turut mendoakan buat arwah ibu Ali Puteh supaya tabah hadapi ujian ini.


Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Post a Comment

0 Comments