Kanak-Kanak Autism Ditemui Ma.ti Terapung Di Kawasan Lombong, Ipoh

 



Seorang kanak-kanak  lelaki Autism dan masalah hiperaktif dilaporkan hilang oleh ibunya pada pukul 6.30 petang semalam. 


Kanak-kanak itu juga mempunyai masalah pendengaran dan tidak boleh bercakap. 


Baju terkahir yang digunakan ialah baju T-shirt berwarna hijau tulisan Boboiboy dan menggunakan lampin  pakai buang. 


Kanak-kanak berusia 6 tahun itu telah keluar dari rumahnya di Lorong Jaya, Taman Kinta Baru, Gopeng. 


Hasil laporan polis yang dibuat,  Balai Polis Gopeng telah menubuhkan gerakan mencari kanak-kanak tersebut. Pasukan operasi menemui  kanak-kanak itu 80 meter daripada rumahnya iaitu pada pukul 9.45 pagi tadi. 


Kanak-kanak tersebut terapung di tepi kawasan lombong dan disahkan meninggal dunia. 


Bomba dan penyelamat ditugaskan mengangkat ma.yat mangsa dan turut memeriksa keadaan fizikal mangsa. Didapati tiada unsur jenayah, punca kema.tian diklasifikasikan mati mengejut. 





Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments