Netizen Terkejut Wanita Mengandung Anak Mumia

 


Seorang wanita yang berumur 82 tahun di negara Columbia telah mengalami satu kejadian yang misteri serta menakutkan.


Wanita ini mengadu terasa sakit yang teramat serta berdenyut pada bahagian dalam perutnya.


Jadi, dia mengambil keputusan untuk pergi ke hospital di ini negara di Bogota bagi mendapatkan rawatan.


Anehnya, doktor di hospital itu memaklumkan bahawa terdapat satu fizikal seperti janin yang keras macam batu dalam perut wanita tersebut.


Doktor yang bertanggungjawab mengendalikan kes wanita itu iaitu Dr  Garcsi memaklumkan bahawa apa yang ada dalam perut wanita itu sebenarnya adalah "lithopedion".


"Lithopedion" juga turut dikenali sebagai "janin mumia". Lithopedion terjadi apabila janin seseorang itu terjadi pada bahagian abdomen dan bukan di uterus.


Hal ini akan menyebabkan janin tersebut tidak mendapat bekalan darah yang cukup dan lama-kelamaan, janin itu akan membeku menjadi batu seperti mumia.


Menurut Dr Garcsi juga, usia janin mumia dalam perut wanita tua itu adalah 40 tahun. Proses janin mumia itu terjadi ketika wanita itu mengandung 40 tahun yang lalu.


Dr Garcsi turut menyatakan bahawa kes seperti ini sangat misteri dan "rare". Dianggar kes seperti ini hanya berlaku dalam rasio 1:10, 000 kandungan.


Anda boleh tengok pada gambar. Nampak seram kan?











Post a Comment

0 Comments