Pemergian Muhd. Adham ditangisi rakan-rakan | Selepas dua hari membantu gelandangan

 


Pemergian adik Muhd Adham dua bulan lepas masih dikenang rakan-rakan.  Beliau merupakan  pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala di rumahnya di Kampung Kedai Tepoh.


Muhd. Adham Hazim Muhd. Rizaini, 19, yang merupakan pelajar semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.52 malam.



Ayahnya, Mohd. Rizaini Ghazali, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu merangkak ke biliknya untuk meminta pertolongan pada pukul 5 pagi.


“Dia mengadu sakit kepala yang amat sangat. Saya bergegas membawa anak saya yang tidak sedarkan diri ke Unit Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu.


“Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kritikal kerana dua urat kepalanya putus sebelum disahkan meninggal dunia.




Mohd. Rizaini memberitahu, Muhd. Adham Hazim sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.


Jenazah Muhd. Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh.


Dua hari sebelum itu, Muhd Adham bersama rakan-rakan telah turun  ke  bandar dengan memberikan bantuan berupa bungkusan makanan kepada golongan gelandangan. 


Rakan-rakannya tidak menyangka dia pergi secepat ini kerana pada ketika itu arwah kelihatan sihat dan bersemangat membantu dalam menjayakan misi  bantuan mereka. 

@syfqirfnn

Simpan sini buat kenangan.Tenanglah kamu di sana

♬ original sound - Aishah_ahmadxx


Semoga arwah ditenpatkan dalam kalangan orang beriman. Warga net turut menasihatkan kepada para pelajar supaya mejaga kesihatan dan waktu tidur yang cukup.

Post a Comment

0 Comments