Rumah Ahli Sihir Paling Menakutkan di Jamaica

 


Di negara kelahiran manusia paling laju di dunia iaitu Usain Bolt, terdapat satu tarikan yang menarik perhatian ramai pelancong.


Tarikan tersebut adalah sebuah rumah milik seorang ahli sihir paling terkenal, paling kejam serta paling menyeramkan satu ketika dahulu iaitu Ahli Sihir Putih.


Nama sebenar Ahli Sihir Putih adalah Annie Palmer. Rumah ini terletak di Rose Hall di Montego Bay.


Sepanjang hayatnya, Annie telah membunuh ramai orang termasuklah beberapa orang suaminya.


Annie berkahwin sekejap sahaja kemudian, suaminya akan hilang tanpa jejak. Kemudian, Annie kahwin lagi dan nasib yang sama turut diterima suami baharunya.


Annie pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga suaminya mati dibunuh olehnya sendiri.


Bukan sekadar suami, pembantu serta pekebun yang bekerja di rumah itu turut sama menjadi mangsa Annie.


Annie turut mengamalkan ilmu hitam yang popular di benua Afrika iaitu ilmu vodoo. Annie juga sering menculik bayi dan menjadikan bayi tersebut sebagai korban ritual sihirnya.


Menurut sejarah hidupnya, Annie memang belajar sihir vodoo sejak dia kecil lagi. 


Annie sebenarnya dilahirkan di Haiti. Namun,  kedua-dua ibu bapanya mati akibat penyakit berjangkit.


Annie seterusnya dijaga oleh seorang wanita dan wanita itu membawanya tinggal di Jamaica. 


Kebetulan wanita itu juga turut mengamalkan sihir vodoo. Dia mengajar amalan tersebut kepada Annie sejak dia kecil.


Riwayat Annie berakhir di tangan salah seorang pekebun di rumah itu yang bernama Takoo.


Pada suatu hari, Annie cuba menggoda lelaki pekebun itu untuk berasmara dengannya serta membunuhnya selepas itu.


Malangnya, Takoo lebih cepat bertindak. Dia terus menikam Annie sehingga mati


Namun, walaupun Annie sudah mati tetapi rumahnya tetap ada sehingga ke hari ini dan menjadi sangat berhantu.






Sumber: Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments