Seorang Penyelenggara Di Sebuah Shopping Complex Dihujani Naj1s

 


Selangor – Malang tidak berbau buat seorang lelaki apabila ditimpa najis ketika dia sedang leka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu baru-baru ini.


Lelaki berkenaan ditimpa najis ketika dia sedang membersihkan paip yang tersumbat sebelum saluran itu mengeluarkan najis yang terkena tepat pada badannya.


Menerusi perkongsian video oleh @Mryoechannell di laman aplikasi TikTok miliknya, dia dan rakan-rakannya sedang membersihkan saliran paip yang tersumbat.


Bagaimanapun, berdasarkan video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan oleh @Mryoechannell di TikTok, lelaki itu kelihatan reda apabila sisa pepejal itu jatuh satu persatu ke atas kepala dan badannya.


Susulan perkongsian video itu, orang ramai telah tercuit hati dengan reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki yang bernasib malang itu.



“Aduhai ini memang dinamakan malang berbau, apalah yang abang itu rasa bila merasa seketul-seketul najis jatuh atas dia,” ujar @nissadeluna.


“Tersangatlah malang buat dia, sedih kawan itu terpaksa tadah sahaja, tak boleh nak bergerak-gerak sangat naik benda itu nanti boleh jatuh,” kata @brgg9.


“Ini yang dinamakan hujan emas di negeri orang, hujan najis di muka sendiri. Takziah kawan atas nasib yang menimpa kamu ini,” jelas @haikallutfi

Post a Comment

0 Comments