YB Batu Dikatakan Ponteng Parlimen, Dine-in Uncle Don Ipoh

 


Kecoh di facebook bernama Ramakrishnan Perumal mengenai YB Batu atau Ahli Parlimen Batu iaitu P. Prabakaran memonteng kehadiran parlimen dan pergi merentas negeri.


Katanya di dalam laman facebooknya, "best betul kalau dapat jadi macam YB, dapat rentas negeri, boleh ponteng parlimen, minum beer, dating ..dll lagi. Itulah lain kali jangan undi budak tengah belajar. YB macam nilah kita dapat".


Terlihat seolah paparazi mengambil gambar YB Batu sedang meminum beer di Uncle Don Ipoh, antara jam 10.05 malam hingga 11 malam 23 september.





Menurut beberapa komentar, terlihat beberapa warganet mempertahankan P. Prabakaran kerana minum di bar pada waktu dia rehat apa salahnya.



Selain itu, ada juga menyalahkan mereka yang cuba menyebarkan gambar YB dengan menyatakan "Jangan hina saudara seHINDU kita"



P. Prabakaran seorang ahli politik, yang menang bertanding di kawasan Parlimen Batu Kuala Lumpur, beliau telah mencatat rekod ahli parlimen termuda yang mana sebelum ini rekod itu dipegang Dato Seri Najib Razak pada usia 23 tahun.


P.Parabakaran menang dengan majoriti 24,438 undi  dengan mengalahkan calon BN Dominic Lau, Pas Azhar Yahya, dan Bebas VM Panjamothy pada 2018 yang mana masa tu beliau berumur hanya 22 tahun.


Kerusi Batu sebelum itu disandang oleh Tia Chua sejak 2008, walaubagaimanapun dia ditolak pegawai pengurus pilihan raya kerana mempunyai kesalahan mahkamah dengan mengeluarkan kata kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis.




Post a Comment

0 Comments