Akak Pekak Dan Bisu Menangis Tidak Dilayan Staff KFC Ketika Membeli Dekat Drive Thru

 


Seorang wanita pekak dan bisu meluahkan rasa sedih dan kesal atas layanan staff KFC terhadapnya menurusi video aplikasi tiktok.


Menurutnya,  sebelum ini beliau pernah menggunakan drive thru untuk membeli makanan di KFC. Semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah. 


Kemudian  pada hari berikutnya, beliau turut menggunakan cara yang sama untuk membeli KFC iaitu menggunakan drive thru. Beliau tidak menggunakan screen  untuk bercakap dengan operator (disebabkan pekak dan bisu).  Beliau terus memandu ke kaunter drive thru menunjukkan gambar menu yang dinginkan (dengan menggunakan telefon bimbit)  kepada operator. Cara ini digunakan kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengannya. 


Namun, staff menyuruhnya masuk ke kedai untuk membeli di kaunter.  Walaupun wanita itu menunjukkan makanan yang diinginkan staff KFC tetap menyuruhnya masuk ke kedai dan membeli di kaunter KFC. 


Dia berasa sedih dan kesal dan terus berlalu pergi. Wanita tersebut berharap kemudahan perkhidmatan  layan diri perlu juga menitikberatkan golongan OKU seperti mereka. 


Menurut seorang netizen, di luar negara  perkhidmatan drivethru ada menyediakan butang di screen tempahan untuk pelanggan OKU. Jadi mereka tidak perlu bercakap dengan operator. Sepatutnya pada hari ini, restoran terkenal seperti KFC perlu meningkatkan taraf perkhidmatan dengan lebih baik setaraf dengan peningkatan keuntungan mereka.


Video:




Post a Comment

0 Comments