Anak Kebanggaan Ibu Dan Ayah | Kama Mirezzanial meninggal dunia

 


Sebelum Kama Mirezzanial pergi menghadap Ilahi, dia ada satu lukisan yang mana dia mewarnakannya bersungguh-sungguh untuk ibu dan ayah, bayangkan projek warna dia siap hampir dua bulan, betul- betul special untuk mak ayahnya.


Kama Mirezzanial atau dikenali sebagai Zanial pernah direkodkan sebagai kanak-kanak terkecil di Malaysia dalam Malaysia Book Of Records.


Beliau meninggal pada usia 17 tahun selepas tiba-tiba pengsan dan mengalami kekejangan pada masa itu, bapanya memberitahu Zanial adalah anak sulong dari 3 beradik selepas pengsan dan tidak sedarkan diri pada 27 september lalu terus dimasukkan ke icu.



"Isteri saya telah menghubungi saya yang ketika itu saya ada urudan kerja di luar, saya pun segera pulang dan membawanya ke klinik.."


"Selepas tiba di klinik, pihak klinik meminta saya membawa Zanial ke hospital terus kerana dia memerlukan bantuan pernafasan, saya membawanya ke hospital berdekatan namun kelengkapan tidak mencukupi saya pun rujuk ke hospital lain.."


"Memang kami mengalami kesukaran, sebab ICU dah penuh, tiba pada jam 2 pagi baru saya dimaklumkan ada kekosongan di Pusat Perubatan Sunway, lalu saya segera hantar ke sana menaiki ambukans.."



Kama Rezmie seorang pengusaha katering berkata selepas bertarung selama 4 hari akhirnya Allah lebih sayangkan dia.


"Saya redha dan menerima ketentuan ilahi meskipun agak terkejut dengan berita ini.."


"Zanial memang suka mewarna, memang hobinya mewarna lukisan, bayangkan projek akhir dia adalah mewarna lukisan yang siap hampir dua bulan betul bersungguh-sungguh menyiapkannya untuk ibu dan ayahnya.."


"Arwah memang seorang anak yang ceria pasti kami akan merindui hobi arwah.."




Saya berterima kasih kepada yang menyumbang terharu dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa yang menyumbang, duit sumbangan itu saya gunakan untuk bayar  kos hospital dan pengurusan lain.."



Jenzah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Post a Comment

0 Comments