Dua Beradik Orang Asal Digari Kerana Halang Projek Pembalakan

 



Kelantan - Dua beradik di Kg. Rumlag, Kuala Betis, Gua Musang Kelantan, telah ditangkap angkara mempertahankan kawasan mereka daripada penceroboh syarikat pembalakan.


Mengikut maklumat yang diterima, kedua beradik ini telah digari oleh pihak polis sejurus tiba di rumah mereka di kampung berkenaan dan pada masa sama pihak polis telah membawa mereka ke IPD Gua Musang dan difahamkan mereka telah dibebaskan.


Kita juga difahamkan, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis meminta mereka supaya memberi laluan kepada pembalak untuk menguruskan kerja-kerja mereka dan membawa keluar jentera mereka. 


Rata-rata netizen berkata kenapa tangan mereka digari, adakah mereka tergolong dalam kalangan penjenayah? 

Post a Comment

0 Comments