Lelaki maut dengan kesan ke.lar pada leher

 


Georgetown Pulau Pinang: Anggota bomba mengambil masa kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kereta Toyota Camry dipercayai milik seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan kelar pada leher di sebuah pasar raya di Glugor, di sini semalam.


Difahamkan, mayat lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam di tempat letak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam.


Turut ditemukan adalah sebilah pisau yang dipercayai digunakan mangsa untuk bertindak sedemikian dan berada dalam genggaman tangan kirinya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan membuka pintu kereta pukul 7.34 malam dan tiba di situ kurang 10 minit kemudian.


Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan berlumuran darah.


“Kematian lelaki itu disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang terlebih dahulu tiba di tempat kejadian.


“Anggota bomba membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas kurang lima minit. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.


Beliau memberitahu, operasi membantu dan menyelamat  itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.07 malam.










Post a Comment

0 Comments